Saturday 30 March 2013

KUMPULAN SESAT GLOBAL IKHWAN A.K.A AL ARQAM DI TAHAN DI ARAB SAUDI !!



MEKAH – Seorang jutawan wanita dan 95 orang pengikutnya yang terdiri daripada warga Malaysia dan Indonesia ditahan dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa Arab Saudi di sebuah villa di sini semalam.

Berumur 52 tahun, dia dan pengikutnya diberkas kerana disyaki menjalankan kegiatan ‘mencurigakan’ dan ‘penyelewengan’ dalam agama.

Serbuan dibuat di tiga buah lokasi banglo mewah iaitu dua buah di daerah Al Khalidiya dan sebuah lagi di kawasan di antara Mekah dan Jeddah.

Difahamkan, wanita berkenaan yang juga KETUA KUMPULAN itu kini hidup mewah di sini hasil daripada kegiatan ‘mencurigakan’ dia dan pengikutnya itu.



Mynewshub.my diberitahu yang kesemua banglo itu dipercayai disewa untuk memudahkan kegiatan dan pergerakan ahli kumpulan tersebut. – Mynewshub.my


Sementara itu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang memantau perkembangan penahanan kakitangan Kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd di Arab Saudi yang dilaporkan mempunyai kaitan dengan kegiatan ajaran sesat di Tanah Suci.

Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, ia sedang menunggu laporan lanjut hasil siasatan kerajaan Arab Saudi berhubung penahanan itu, dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata, Jakim sentiasa memantau pergerakan kumpulan itu dan siasatan turut dijalankan secara bersama dengan agensi penguatkuasaan berkaitan di dalam dan luar negara.

“Sememangnya kita maklum akan pergerakan mereka sekalipun mereka berada di luar negara,” katanya.


Othman berkata, pihaknya turut menyerahkan kepada kerajaan Arab Saudi dalam mengambil tindakan terbaik memandangkan kumpulan itu telah lama bertapak di negara itu.

“Saya yakin kerajaan Malaysia juga tidak akan berlembut jika Global Ikhwan didapati bersalah di bawah undang-undang Arab Saudi sehinggalah mereka bertaubat,” katanya.

Akhbar tempatan melaporkan Jabatan Imigresen Mekah dengan kerjasama Unit Risikan dan Pencegah Jenayah telah menahan seorang wanita Malaysia berusia 52 tahun bersama 95 lagi pengikutnya semasa sedang menjalankan upacara keagamaan di kota Makkah.

Wanita itu dipercayai isteri kepada pengasas kumpulan Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad.

Media Arab Saudi, SABQ seperti dipetik akhbar itu, melaporkan bahawa kumpulan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive