Friday 29 March 2013

PM @NajibRazak YAKIN MENANG 2/3 #PRU13 #BNBagus #Vote4BN #Najib4PM #Transformasi #BN4Malaysia



Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dengan jelas menyatakan bahawa Barisan Nasional mampu meraih 2/3 majoriti di PRU13.Ini disebabkan keyakinan pelabur asing melabur di Malaysia dan keupayaan Datuk Seri Najib melaksanakan transformasi ekonomi untuk negara..

Dasar dasar yang dibawa oleh Datuk Seri Najib terbukti cukup berkesan sehingga menarik pelabur pelabur asing melabur di Malaysia..Sebagai contoh pelaburan asing yang masuk di Wilayah Iskandar cukup membanggakan..

Hala tuju transformasi ekonomi di Malaysia yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib membuktikan kemampuan Kerajaan Barisan Nasional berada sama taraf, malah lebih tinggi dari negara negara Maju..



Kesungguhan dan kerja kuat yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib selama ini membuktikan beliau antara pemimpin terbaik yang ada selepas era pemerintahan ayahanda Tun Dr Mahathir..

Financial Times dan Reuters juga memberi perkhabaran baik kepada rakyat Malaysia bahawa keyakinan Datuk Seri Najib mampu memberi kemenangan 2/3 majoriti dalam Pilihanraya kali ini..Pada Pru 2008 BN hanya kekurangan 8 kerusi untuk mencapai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat..Sungguhpun kekurangan 8 kerusi, Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib sekarang lebih komited untuk memastikan kemenangan 2/3 pada PRU kali ini..

Memetik apa yang ditulis dari portal Perak Today, Dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive