Wednesday 6 February 2013

PERHATIAN !! DARIPADA HANGPA MASUK DUIT DALAM TABUNG PAS LEBIH BAIK BANTU ADIK MAGESWARI !!





ALOR SETAR - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan tepat bagi menceritakan penderitaan dialami seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah ‘Neurogenic Bladder’.

Masalah Mageswari Saravanan, 5, menyebabkan pundi kencingnya tidak berfungsi dengan betul, di mana ia kekal secara seumur hidup dan berkemungkinan akan bertambah teruk pada bila-bila masa sahaja.

Mageswari juga mempunyai penyakit ‘Diabetic Embryopathy’ yang merupakan sejenis kecacatan fizikal sejak lahir menyebabkan dirinya tidak mampu berjalan seumur hidup dan memerlukan penjagaan sepenuh masa dari keluarganya.

Keadaan Mageswari pasti meruntun jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya, di mana kedua buah pinggangnya rosak, kakinya berlipat, menghadapi masalah urat saraf hingga membantutkan tumbesaran dan dada kiri yang agak ke depan.

Ditambah lagi apabila tiub terpaksa dimasukkan ke dalam salur kencingnya sebanyak empat hingga enam kali sehari bagi mengeluarkan air kencingnya kerana dikhuatiri akan memburukkan lagi kesihatannya jika tidak berbuat demikian seperti cenderung mendapat jangkitan kuman dalam air kencingnya.



Perbelanjaan tinggi

Bapanya, Saravanan Nadarajah, 36, berkata, anaknya memerlukan satu jumlah perbelanjaan bulanan yang agak besar untuk semua barang keperluannya, termasuk susu khas, lampin pakai buang, tisu basah dan tiup khas.

“Keperluan Mageswari berbeza daripada kanak-kanak seusianya, yang hanya bergantung kepada susu kerana tidak dapat menikmati jenis makanan lain kerana dikhuatiri mencederakan ususnya nanti.

“Sedangkan, apabila makan makanan lembut dan susu sahaja pun, kami terpaksa memberinya makan ubat membuang najis kerana dikhuatiri, jika tidak melakukan sedemikian maka dia akan mengalami kesakitan.

“Dengan pendapatan bersih sekitar RM600 sebulan, ditambah dengan keadaan isteri yang terpaksa berhenti kerja sejak Mageswari lahir, kami sememangnya tidak mampu menampung perbelanjaan ini,” katanya.

Menurutnya, walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menghulurkan bantuan RM300 bagi meringankan beban mereka, namun kos sara hidup yang tinggi agak membebankan hidup mereka sehingga kadang kala terpaksa mengikat perut apabila keputusan sumber kewangan.

Menangis tanpa henti

Manakala, ibunya, Manju Yagappan, 33, berkata, Mageswari suka bermain-main dan ceria jika sihat, namun apabila sakit dia akan menangis tanpa henti dan mengeluarkan tutur kata yang tidak difahami sesiapa setiap malam.

Katanya, walaupun tidak faham tetapi mereka mengerti anaknya itu sedang mengadu kesakitan yang dialami olehnya, dan lebih membimbangkan apabila anaknya harus dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira dua kali sebulan kerana sering kali muntah dan demam.

“Walaupun perit kerana terpaksa memasukkan tiub ke salur kencing Mageswari ketika dia menangis, namun saya terpaksa berbuat demikian dengan harapan dia sihat sentiasa dan tidak menderita lagi.

“Kami sentiasa memohon doa kepada tuhan agar nyawa anak tunggal kami dipanjangkan,” katanya.

Katanya, dia memohon kepada mana-mana pihak, tidak kira individu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli korporat dan agensi yang bersimpati dengan nasib anaknya agar sudi tampil menghulurkan sebarang bantuan bagi meringankan beban ditanggung.

Orang awam yang sudi menghulurkan bantuan mereka bagi meringankan beban ditanggung pasangan suami isteri itu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank Manju nombor akaun 102175049262 atau menghubunginya di talian 017-4830435 ataupun Saravanan 017-4948647.

SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive