Wednesday 6 February 2013

PERCAYALAH TSUNAMI OPPA GANGNAM BAKAL HANYUTKAN PAKATAN !!





Kehadiran pennyanyi K-POP PSY dari Korea sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia khususnya golongan muda..Fenomena K-POP yang menjadi ikutan ramai anak muda diseluruh dunia termasuk Malaysia membuatkan Pakatan tak senang duduk..

Isu pertikaian kehadiran artis K-POP di Malaysia bukan baru dicipta oleh pakatan..Sebelum ini juga mereka mempertikaikan kehadiran penyanyi K-Pop pada Himpunan Sejuta Belia sebagai satu pembaziran..

Namun, dari sudut positifnya kehadiran artis artis dari Korea ini membuatkan  Malaysia lebih dikenali dimata dunia..Ianya satu pelaburan yang baik dari sektor perlancongan..Aku difahamkan pada bulan lepas Malaysia terpilih menjadi tuan rumah untuk penganjuran Anugerah Muzik Terbesar dan Terbaik dari Korea Selatan " Golden Disk Award" yang berlangsung di Sepang International Circuit..

Acara ini dianjurkan oleh Mediartncomm Co Ltd dan ditaja oleh Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd.

Bukankah itu satu bentuk penghargaan kepada Malaysia? Malah kebanyakkan peminat yang hadir pula dari sekitar negara Asia..Pakatan pembangkang sering melihat ianya dari sudut negatif..Tapi adakah Kerajaan ditadbir Pakatan sendiri tidak pernah mengunakan acara berbentuk hiburan??



Tuduhan kononnya kedatangan superstar dari Korea itu telah menyebabkan sejumlah RM3 juta wang rakyat lebur begitu sahaja semata-mata untuk satu lagu Oppa Gangnam Style. Satu tuduhan yang agak jauh tersasar, bermotif politik dan berniat untuk mengelirukan orang ramai.

Walhal realiti sebenarnya samada Kerajaan Pusat ataupun BN sendiri tidak menggunakan wang rakyat untuk dibayar kepada Psy. Sebaliknya segala kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta, Mega Ultimate termasuklah bayaran RM2.3 juta bayaran kepada penyanyi terkemuka itu untuk tampil memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.

Jika penampilan Psy memeriahkan rumah terbuka Tahun Baru Cina ini dikatakan satu pembaziran, kenapa tidak para pemimpin PR mencemuh tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang pada akhir tahun lepas yang terang-terangan membelanjakan sejumlah RM3 juta wang rakyat untuk menjayakan konsert hiburan di Batu Feringgi?

Malah dalam konsert hiburan anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang itu yang menampilkan beberapa orang artis Korea juga turut mendapat kerjasama syarikat arak, peliknya tiada pula walau seorang pun pimpinan PR berani mempersoalkannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive