Tuesday 5 February 2013

PANASS !! DR PORN SIAM BUAT KACAU LAGI ?



Dah lama tak dengar cerita pasal Dr Porn yang pernah datang ke Malaysia, bila dijemput menjalankan siasatan pada mayat Teoh Beng Hock, oleh pihak pembangkang. Kali ni Dr Porn datang lagi ke Malaysia untuk menyiasat mayat C Sugumar.

Keluarga kepada C Sugumar, pengawal keselamatan yang ditemui mati pada 23 Januari lalu, memohon khidmat ahli patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand untuk menjalankan bedah siasat kedua di Hospital Serdang.

Peguam N Surendran berkata mereka telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Raza, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan ketua setiausaha kementerian tersebut untuk mengeluarkan arahan.




Surendran berkata keluarga berkenaan berhak menjalankan bedah siasat kedua secara bebas untuk menentukan sebab sebenar kematian Sugumar dan mahu ia dijalankan oleh Pornthip.

“(Pornthip) menunjukkan bahawa beliau sedia untuk menjalankan pemeriksaan bedah siasat kedua," katanya dalam satu kenyataan.

Pornthip merupakan individu yang bertanggungjawab menjalankan bedah siasat kedua ke atas pembantu politik Teoh Beng Hock yang meninggal dunia selepas terjatuh daripada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam...Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive