Wednesday 5 September 2012

TUDIAA !!! BILA DAH KANTOI MASING MASING BUAT PC ?


Tidak sukar untuk kita jangkakan PRU 13 kelak bukan sahaja akan menjadi medan tempur politik yang paling mencabar dan paling mendebarkan untuk dihadapi oleh pihak pakatan pembangkang yang bernaung di bawah PR.

Ditambah pula dengan segala kesilapan strategi dan kontroversi yang sengaja diundang, tak mustahil PRU itu nanti akan menjadi kubur besar noktah penamat untuk kerjaya politik ramai pemimpin PR.

Ketika masih ramai khalayak umum masih tergiang-giang telinganya dengan kontroversi melalut Mat Sabu yang memuja muji Mat Indera Komunis akhir tahun lalu, tahun ini pembangkang mengulangi lagi kontroversi dengan mencabar kehormatan panji negara.

Saat rakyat masih lagi segar ingatannya dengan hinaan YB DAP yang sengaja menghina dan memperlekehkan Jalur Gemilang dan lebih mendaulatkan bendera DAP, kini amarah rakyat dibakar lagi dengan kibaran sang saka Malaya di malam kemerdekaan negara yang ke 55.



Berpuluh tahun panji negara, Jalur Gemilang berkibar megah tanda kedaulatan dan kemerdekaan tanahair tercinta ini, tiba-tiba timbul idea gila si pemuda yang terlalu memuja Ketua Umum PKR tampil mahu mengubah dan menukar panji kebanggaan anak bangsa.

Bukankah ini jelas menonjolkan sikap tidak patriotik dan seperti sengaja dirancang untuk mencabar kehormatan panji serta sejarah kemerdekaan negara?

Bila isu ini semakin menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap pakatan pembangkang, mulalah masing-masing di pihak PR berbelit lidah mencipta alasan demi alasan untuk mengasingkan diri dari terpalit dengan perbuatan biadap dan tidak patriotik tersebut.

Shamsul Iskandar, Ketua AMK PKR dalam satu kenyataan misalnya telah berkata yang rekaan bendera tersebut langsung tiada kaitan dengan AMK mahupun PKR, sedangkan umum mengetahui pencipta asal bendera sang saka Malaya adalah Najwan Halimi yang sekarang ini adalah Timbalan Ketua Penerangan AMK PKR.

Manakala AJK PAS Pusat, Idris Ahmad pula dalam pada menafikan hasrat PR untuk menukar bendera Jalur Gemilang, tidak pula secara terbuka berani mengecam tindak tanduk liar yang ditunjukkan oleh peserta Janji Demokrasi yang mengibarkan bendera sang saka Malaya.

Sama ada PKR mahupun PAS, sekarang masing-masing mahu mencuci tangan tidak mahu mengambil tanggungjawab memikul beban kesalahan, walhal idea menukar panji negara untuk diubah kepada 'sang saka Malaya' datangnya anak didik mereka sendiri.

Sekarang mereka saling bertelagah menuding jari tidak mahu mengakui segala kontroversi yang berlaku itu datangnya dari doktrin mereka yang terlalu mendahulukan politiking kepartian sehingga melupakan peri pentingnya mempertahankan kehormatan panji kemerdekaan tanahair.

Justeru itu, janganlah sampai menangis tidak berlagu bila kelak rakyat yang semakin meluat dengan permainan kontroversi yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang akhirnya membulatkan tekad menghumban mereka dalam pilihanraya akan datang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive