Thursday 6 September 2012

VIDEO !!! NGO ADA BUKTI ANWAR MAHU JADIKAN NEGARA REPUBLIK

Hari ini Barisan Bersatu Nambikkai (NGO Nambikkai) yang berhimpun dihadapan pejabat PKR mendakwa mempunyai bukti kukuh berhubung penglibatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anasir asing selain bercita-cita menghancurkan kuasa Sultan.

Menurut Kalai Vanar, presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Anwar mempunyai agenda untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik, di mana beliau berhasrat untuk menjadi presiden.

“Anwar Ibrahim saya percaya dia ada agenda, saya cabar dia buat laporan polis terhadap kami dan bawa ke mahkamah.

“Kita ada bukti dia adalah agen anasir asing kerana dia nak jadikan Malaysia (sebagai sebuah negara) republik, menghancurkan raja-raja dan sultan.

Sementara itu Kalai memberitahu pihaknya memberikan tempoh seminggu kepada Anwar untuk memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah mencabul kedaulatan Jalur Gemilang.

Jika gagal Anwar berbuat demikian beliau berkata kumpulan itu akan berhimpun di hadapan Parlimen untuk mendesak bekas Timbalan Perdana Menteri itu meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Sebelum itu berlaku pergelutan kecil di antara penyokong PKR dan Nambikkai di hadapan ibu pejabat parti itu. Kekecohan bermula apabila beberapa anggota PKR didakwa membaling telur dan melontarkan kata-kata provokasi terhadap ahli Nambikkai yang hadir.

Namun pihak berkuasa polis berjaya mengawal keadaan, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.



SUMBER AP

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive