Tuesday 4 September 2012

GEMPAR !!! DURIAN DALAM DURIAN DITEMUI




PASIR MAS - Seorang petani di Kampung kelar tidak menyangka, apabila mendapati salah sebiji durian dari kebunnya, mempunyai ulas yang luar biasa, kelmarin.

Wee Tiat Sing, 46, berkata, pagi itu, dia mendapat hasil sebanyak 10 biji, namun satu daripadanya, mempunyai bentuk yang agak pelik.

“Sudah menjadi kebiasaan, jika ada durian, saya akan menjemput ahli keluarga dan jiran tetangga untuk menjamu selera.

“Selepas pelik dengan bentuk durian itu, saya mengopek dan mendapati terdapat durian di dalam durian,” katanya.

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku, sejak dia mengutip hasil raja buah ini, beberapa tahun lalu.

Dia melahirkan keyakinan, ini mungkin menjadi petanda yang baik kepada mereka sekeluarga.

SINAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive