Thursday 6 September 2012

PANASS !!! RAHSIA DISEBALIK SERANGAN KE ATAS ANWAR DI MASJID PUMPONG

penzina tengah memberi tazkirah


Politik kadang kala menyedihkan, kadang kala lawak, kadang kala tak masuk akal. Tapi itulah politik!! Ada yang tak buat kerja tapi dihargai, ada yang berlakon buat kerja tapi dibayar sampai puluhan ribu ringgit, ada pulak yang buat kerja macam nak mampuih, tapi langsung tak dipedulikan. Itu juga tergolong dalam politik.

Begitu juga halnya dengan sumbangan. Orang yang banyak kita bantu, habiskan wang, akhirnya membelakangi kita, abaikan kita, malah tidak menyokong kita. Apa kita rasa?

Samalah seperti keadaan di masjid Al Hussain Seberang Pumpong. Masjid kontroversi yang menjemput si Peliwat Anwar memberi tazkirah!! Masjid yang mendapat banyak bantuan dari kerajaan dan UMNO Kedah, akhirnya menjemput ketua umum Pakatan Haram memberi tazkirah! Bukankah itu maknanya Imam dan AJK Masjid berkenaan juga berpolitik?



Tinggalkan soal kenang budi tu, Mc nak tanya, tahukah kenapa orang muda, NGO dan juga Perkasa membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar ke Masjid tu? Kerana mereka tahu, Anwar dijemput oleh AJK Masjid untuk memberi tazkirah.

Malah NGO dan Perkasa sudah berjumpa dengan Imam Masjid untuk membantah secara baik, persetujuan juga telah diberikan. Anwar hanya boleh bersolat dan tidak dibenarkan memberi tazkirah. semua dah setuju. Namun apa yang terjadi selepas itu? Anwar tetap memberi tazkirah, seperti berceramah politik didalam masjid!!

Atas sebab demikian, pihak Perkasa dan NGO lain bertindak agressif mahu menghalang dan menghalau Anwar dari terus bertazkirah. Mahu menjaga kesucian masjid dari dicemari politik kotor Anwar Ibrahim. Sedang orang luar mahu menjaga kesucian masjid, Imam dan AJK Masjid pula bergembira dapat membawa Anwar 'berceramah' politik di dalam masjid yang sepatutnya mereka jaga. Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive