Wednesday 5 September 2012

HOT !! KDN DINASIHATKAN JANGAN BERLEMBUT !!




ALOR SETAR, 4 Sept (Bernama) -- Tindakan undang-undang yang tegas perlu dikenakan terhadap individu yang memijak gambar perdana menteri dan mengibar 'bendera baharu' yang didakwa menggantikan Jalur Gemilang pada perhimpunan Janji Bersih Khamis lepas.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat agak berlembut apabila insiden seumpama itu berlaku menyebabkan ada pihak berani mencabar norma kehidupan masyarakat kerana yakin tidak akan dikenakan tindakan undang-undang.

"Lihat dalam beberapa perlakuan melampau terhadap negara dan pemimpin negara sebelum ini, walaupun desakan masyarakat supaya diambil tindakan, namun KDN kelihatan berlembut.

"Maka ia harus ditamatkan, tindakan setegasnya adalah sangat perlu," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata laporan polis yang dibuat pelbagai pihak terhadap kejadian itu akan sia-sia sekiranya tindakan tidak diambil terhadap individu terbabit.

-- BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive