Friday 9 March 2012

TUDIAA!!! MB KEDAH UMPAMA PUPPET??SIAPA MASTERNYA??



Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak layak digelar sebagai “MB Boneka“ setelah Pas menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrolhisham Hashim berkata tidak pernah berlaku dalam sejarah kerana keputusan oleh Pas pusat itu diyakini bakal memberi tamparan hebat kepada Azizan selaku ketua pentadbir negeri tersebut.

Menurut beliau secara jelas boleh difahami bahawa Azizan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak sebaliknya sekadar patung di kerusi empuk Menteri Besar negeri berkenaan yang sekaligus memperlihatkan pentadbiran negeri bakal kacau bilau.

“Ini tentunya menarik tumpuan umum…yerlah dah ada Menteri Besar, namun ada pula jawatankuasa pemandu daripada Pas pusat. Apa lagi maksud serta kesimpulan yang boleh dibuat melainkan “MB Boneka“.

“Kenapa jawatankuasa pemandu wujud pula di negeri Kedah. Apakah jawatankuasa yang sama wujud di Kelantan yang mana Pas memerintah selama beberapa penggal. Setahu saya ini kali pertama diwujudkan dan rasanya Pas pusat boleh jelaskan perkara ini.

“Kita tidak mahu campur urusan mereka lebih-lebih dan biarlah rakyat yang menentukan kerana yang akan mengundi adalah rakyat secara keseluruhannya. Saya fikir rakyat boleh lihat bagaimana keseriusan kerajaan negeri dalam soal pentadbiran untuk rakyat,“ katanya kepada UMNO-Online di sini.

Krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaksa Pas menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya.

Walaupun kemelut itu dilihat selesai selepas dua EXCO terbabit, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh bersetuju menyertai semula barisan EXCO negeri, jawatankuasa berkenaan antara lain berfungsi memberi pandangan mengenai apa yang dirasakan perlu oleh Pas Pusat dalam tugas Azizan mengurus dan mentadbir Kedah.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat Pas di sini, semalam selepas diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Alor Star, pada Sabtu lalu.

Badrolhisham yang juga Ketua Pemuda UMNO Padang Terap seterusnya percaya krisis berkenaan tidak akan selesai sebaliknya bakal menjadi api dalam sekam yang boleh meletup apda bila-bila masa.

“Atas kertas memang cantik dan ada penyelesaian…Namun percayalah isu berkenaan akan meleret dan masing-masing sudah pasti akan mencari peluang untuk memastikan hajat mereka kesampaian.

“Bagi kita Pemuda Kedah, soal krisis dalaman Pas itu biarlah mereka yang uruskan dan kita tetap seperti biasa melaksanakan tanggungjawab sebagai sayap parti selain melaksanakan agenda untuk rakyat,” katanya.

SUMBER PORTAL UMNO KEDAH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive