Sunday 4 March 2012

PANAS!! PEMIMPIN GILA BEREBUT JAWATAN,RAKYAT DI BIARKAN SENGSARA !!!




Seminggu dua ini kecoh diperbualkan tentang kemelut dan krisis kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang dikatakan tidak sebulu dengan kebanyakan Exco-Exco yang dilantik beliau di dalam Kerajaan PAS Negeri Kedah.

Kemuncaknya, dua orang Exco yang lama iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh enggan dilantik menjadi Exco baru yang mengangkat sumpah pada 28 Februari baru-baru ini.

Menurut Phahrolrazi, beliau sudah lama bersabar dengan Azizan dan kini berada di tahap ‘kritikal’ terhadap kepimpinan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah itu. Phahrolrazi mengaku punya masalah dengan corak kepimpinan Azizan yang dikatakan kurang menepati citarasanya. Dan disebabkan itu beliau menolak untuk duduk di dalam barisan Exco di bawah Azizan Razak lagi.

Alasan yang sama turut dikongsi bersama oleh Ismail yang sememangnya sudah sekian lama ‘tidak sebulu’ dengan Azizan dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Mentei Besar Kedah itu.

Sehingga kini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah I dan II itu masih berdegil serta berkeras enggan menyertai Azizan di dalam kerajaan negeri lagi. Dalam ertikata lain, mereka melakukan ‘mufaraqah’.

Sebenarnya, kisah cuba menggulingkan Azizan ini berlaku sejak MB Kedah itu dimasukkan ke IJN lagi. Masih ingat lagi tentang Azizan yang terpaksa dikejarkan ke IJN di ibunegara dan mendapat rawatan rapi akibat masalah jantung?

Ya. Ketika itulah segalanya bermula apabila adegan cucuk-mencucuk berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kedah. Masing-masing sudah pasang niat mahu menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar. Malah, saya mendapat maklumat bahawa ada di kalangan mereka meminta agar Azizan cepat-cepat “padam”! Dahsyat sekali cara mereka rebutkan kuasa hinggakan soal hidup mati pun mereka sanggup doakan.

Ditakdirkan Allah, Azizan berjaya mengatasi masalah kesihatannya dan bergegas kembali ke Kedah untuk menyambung tugasnya. Menurut sumber dalaman yang saya terima, Azizan diberikan MC untuk berehat selama lebih sebulan.

Namun, memandangkan maklumat yang sampai ke cuping telinganya memberitahu wujud cubaan menggulingkannya dari jawatan MB, dia degil juga mahu masuk pejabat dan bertugas. Nampaknya Azizan lebih sayangkan jawatan berbanding kesihatan dirinya ketika itu.

Kegagalan menggulingkan Azizan itu mengecewakan ramai Exco-Exco PAS Kedah. Meskipun Azizan kurang pasti tentang identiti siapa yang mahu menggulingkannya, beliau tetap menjalankan langkah berjaga-jaga sejak itu.

Dan kerana itulah mereka mensasarkan agar Azizan tumbang pada 28 Februari itu. Menurut sumber, mereka juga berniat untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Azizan Razak bagi memaksa beliau meletakkan jawatannya.

Pada saya, senario Azizan dan Exco-Exco PAS Kedah itu jelas menunjukkan sifat PAS yang sebenar. Sebenarnya, tiada langsung niat dihati mereka untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka hanya mahukan kuasa dan imbuhan elaun dari kuasa yang mereka perolehi.

Persoalannya, sedang para pemimpin PAS Kedah sibuk berpolitik berebutkan kuasa sesama sendiri, apakah nasib rakyat Kedah?

Gerai-gerai tempat mereka mencari rezeki dirobohkan dan tidak pula digantikan dengan yang baru atau gerai sementara. Jalan-jalanraya yang rosak teruk dan sepatutnya diturap baru hanya ditampal saja dengan tar-tar berlebihan hingga menyebabkan berlaku banyak kemalangan dan merosakkan kenderaan.

Begitu juga dengan kemelut bekalan air yang masih keruh dan gagal diselesaikan oleh Kerajaan PAS Kedah dengan baik. SADA buat kerja betul, tapi airnya seolah-olah ‘disabotaj’ pula oleh ‘projek-projek’ baru di sekitar sumber air Kedah. Ada pak-pak Exco ini pantau?

Bagaimana pula dengan sekolah-sekolah agama rakyat yang semakin tidak dipedulikan? Khabarnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diberikan berpuluh-puluh ribu dana tambahan dari Kerajaan PAS Kedah untuk membeli “jiwa” dan undi.

Tapi malangnya bil elektrik dan air Pondok Pak Ya pun tak mampu dibantu, apatah lagi untuk melangsaikan hutang pada TNB dan SADA?

Banyak lagi kurap-kurap, panau-panau dan keperitan hidup rakyat Kedah yang tidak dipedulikan. Masalah sampah dah kurang, itu pun kerana Kerajaan Pusat beri bantuan. Tapi masalah ‘sampah’ yang baru pula timbul dan ‘sampah-sampah’ tersebut akan diajar oleh rakyat Kedah pada PRU13 nanti, insyaAllah!

sumber mykmu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive