Friday 9 March 2012

PANAS !!! TENGKU MAHKOTA PAHANG BERTITAH JANGAN LIBATKAN BAGINDA DENGAN BADRUL KHALWATI!!



Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya pihak yang terlibat berhenti mengaitkan nama baginda dengan siasatan kes khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Baharon di negeri ini baru-baru ini.

Baginda bertitah dakwaan yang mengatakan bahawa baginda terlibat dalam siasatan kes itu adalah sangat mengejutkan kerana semasa kejadian itu, baginda tidak berada di tanah air.

"Ketika kejadian saya tidak ada di dalam negara, saya cuma nak tahu siapa yang terlibat... tak bolehlah kaitkan saya dengan kes ini sebab ini adalah masalah peribadi.

"Minta jasa baik hentikan perkara ini, saya harap tak perlulah kaitkan lagi nama saya dan jika kes ini (khalwat) memang berlaku, biarlah pihak yang bertanggungjawab yang menyiasat dan saya ikhlas tidak menyebelahi mana-mana pihak,” titah baginda.

Baginda bertitah kepada pemberita selepas meninjau beberapa venue Sukan Malaysia (Sukma) Pahang XV di Kompleks Sukan Pahang, Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini. — BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive