Sunday 4 March 2012

BERJAYA KAH PROGRAM PEMUKIMAN ADUN ADUN DI KEDAH?? @NajibRazak



Program ini berlangsung di Kedah selama 3 hari bermula 2 hingga 4 Mac 2012. Pengurusan dan aktiviti program ini telah dirancang dengan teliti agar ianya menepati hasrat pucuk pimpinan parti. Di peringkat negeri ianya diusaha dan dikelolakan oleh Pejabat Perhubungan UMNO Kedah.

Lebih kurang 120 Daerah Mengundi (DM) telah dikenalpasti dan dipilih untuk menerima ADUN luar Kedah dan diserahkan kepada "Keluarga Angkat" ditiap-tiap DM. Aktiviti program ini antaranya ialah mengenali dan bermesra dengan penduduk disamping menziarah rumah dan penduduk dalam DM berkenaan. Selain mengambil tahu masalah penduduk dan bermesra dengan mereka, bantuan-bantuan segera juga tidak ketinggalan dihulurkan.

Memang program ni telah mencukakan hati banyak DM yang terlibat,segala persiapan di buat untuk menyambut yb angkat tapi sayangnya yb yang sepatutnya datang tidak muncul.Ada yang telefon tak di angkat.ada yang sudah memaklumkan tidak dapat hadir kepada mereka seminggu lebih awal dari program itu berlangsung.Daripada 120 orang adun yang wajib hadir,cuma 40-50 peratus saja yang datang..yang lain ada yang bertembung dengan program di kawasan masing masing..Bab yb tak datang ni mtk tolak tepi dulu tapi mtk nak persoalkan bab pengurusan.



Pihak Umno negeri mungkin sudah dapat senarai nama adun angkat yang terlibat lebih awal dari pihak bnbbc,tetapi kenapa tidak semak dan pastikan kehadiran adun adun tersebut??siapa yang salah dalam hal ni umno kedah atau bnbbc??Di maklumkan program ini sudah lama di rancang.tapi kenapa masih gagal di uruskan dengan baik..??

Mtk bagi contoh bahagian kuala kedah sepatutnya mendapat seramai 12 orang adun,tetapi yang hadir pada awalnya hanya 3 orang,seorang lagi mereka terpaksa menjemput adun bebas di kedah bagi mengisi kekosongan di beberapa tempat.Jadi jumlah yang hadir di kuala kedah hanya 4 orang.mereka terpaksa di usung ke hulu ke hilir bagi menghadiri program program bersama rakyat yang telah di atur lebih awal di semua 12 dm yang terlibat.

Kalau di ikutkan hati ramai juga sudah meluat dengan kerenah kerenah macam ni.tapi sebabkan sayang kepada DATO SRI NAJIB dan UMNO lah mereka buat juga ikut peruntukan yang telah di beri..itu pun last minit baru dapat.jumaat start program,khamis petang baru dapat.

Semua jentera BN/UMNO di semua bahagian sudah bersemangat untuk berperang menawan kembali Kedah dari tangan pas,tapi peluang yang terbuka dari pergolakkan dalaman pas sendiri gagal di manfaatkan oleh UMNO/BN Kedah untuk menjayakan program ini.Mtk cukup sedih dengan apa yang berlaku untuk program ini.

Usaha gigih di tunjukkan oleh DATO SRI NAJIB yang kerap turun di kedah bagi menawan kembali dari pas telah di malukan oleh mereka mereka yang gagal menguruskan program ini dengan baik..

MTK bukan nak bising2 dalam hal ni,cuma nak sedarkan apa yang duk kelam lagi dalam pejabat Umno tu..Mtk mintak pihak umno negeri atau pihak bnbbc sendiri beri penjelasan kenpa program ni jadi macam ni..Atau???

BACA KELUHAN DARI ORANG LAMA KAT SINI


MTK
UMNO KEDAH Bila lagi nak tutup tingkat 6 tu.??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive