Tuesday 6 March 2012

PANAS!!! PHAHROLRAZI MAHU KUASA EXCO LEBIH TINGGI JAWATAN DARI MB KEDAH !!?





Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh bersetuju untuk menerima pelantikan semula sebagai Exco Kerajaan Negeri selepas berpuas hati dengan keputusan Pas Pusat yang bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemandu di Kedah untuk memantau perjalanan pentadbiran negeri.


Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata, persetujuan mereka itu perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.


“Yang paling penting matlamat kami tercapai iaitu inginkan perubahan dalam corak pentadbiran negeri, di mana kuasa bukan lagi dominan pada Menteri Besar dan mesyuarat Exco semata-mata. Kini, jika ada pandangan berbeza, boleh dirujuk pada jawatankuasa ini,” katanya pada sidang media di rumahnya petang tadi.




Hebat  permainan  politik dua orang adun ni,walaupun depa ni terima balik jawatan exco tapi tetap meletakkan syarat supaya kuasa dominan bukan lagi di tangan MB.Apa maksudnya??Kenapa depa letak syarat macam tu??

Adakah kalau Ostad jijan bersuara lepas ni depa akan buat usul undi tak percaya kat dia??

Dengaq kata dari sumber dalaman pas sendiri depa ni memang dah tak mau dengaq cakap Azizan.Kalau boleh jawatan MB tu pun depa takmau dah bagi Azizan pegang dah.Tapi sebab desakkan pas pusat depa kena slow down..depa tengok dulu kelaku ostad jijan macam mana pulak lepas ni..kalau sama jugak maknanya mungkin ostad Jijan kena bercuti lah..


MTK
bubaq saja dun,kita buat election awai sikit..ada bran ka??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive