Wednesday 8 February 2012

TUDIAA!! BEZA KENYATAAN MITI DAN EXCO PAS KEDAH YANG MENIPU??



Exco Pas kedah dalam satu siri ceramah mereka di Langkawi baru baru ini mengaburi mata rakyat dengan mengatakan bahawa kerajaan mereka telah membawa masuk pelaburan yang tinggi ke dalam Negeri Kedah dan berada ditempat ke 4 terbaik di Malaysia..


Kehadiran Exco Pas ini hanya sebagai penganti kepada MB kedah yang tidak dapat hadir pada malam itu..Dalam ceramah pada malam itu,pas kedah yang begitu mendabik dada kononnya semua kemasukan pelancongan dan pelaburan di negeri kedah adalah atas usaha mereka selama ini tanpa bantuan dari pusat.Siap menyenaraikan perbezaan antara kerajaan BN dulu dan Kerajaan Pas sekarang..


Baca perbezaan kenyataan antara exco pas kedah dengan Timb Menteri MITI


"Kerajaan Kedah perlu membantu kerajaan Pusat turut memikul tanggung jawab mempromosikan pelaburan di negeri ini bagi meningkatkan pelaburan perkilangan di Kedah, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.


"(Kini) kerja-kerja untuk mempromosikan negeri khususnya negeri Kedah terletak hampir 100 peratus atas bahu kerajaan Pusat. Saya tak lihat kerajaan negeri (Kedah) begitu serius untuk melakukannya sedangkan kita mempunyai satu taman industri berteknologi tinggi yang dianggap antara yang terbaik, iaitu Taman Teknologi Tinggi Kulim,” katanya kepada pemberita selepas Program Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bersama Usahawan dan Pengeksport di sini hari ini.


Katanya, tiga projek pelaburan yang tertinggi di Kedah ialah Sony EMCS (Malaysia) Sdn Bhd dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM200 juta, Nichias FGS Sdn Bhd juga dari Jepun dengan pelaburan semula berjumlah RM143 juta dan Celestica Malaysia dari Kanada dengan pelaburan semula bernilai RM130 juta.


Beliau berkata, Kedah berada pada kedudukan kelapan dalam penerimaan projek-projek pelaburan perkilangan di Malaysia bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas, jatuh daripada kedudukan ketujuh pada 2010.


"Sepanjang Januari hingga November tahun lepas, jumlah kelulusan untuk perkilangan di Kedah ialah RM1.557 bilion daripada 40 projek berbanding RM1.96 bilion sepanjang 2010. Itu adalah jumlah bagi pelaburan asing dan tempatan.


"Jumlah itu (2011) adalah untuk tempoh 11 bulan sahaja tetapi jika kita campur dengan jumlah kelulusan perkilangan pada bulan Disember pun, saya percaya ia tidak akan melonjakkan pelaburan Kedah pada kedudukan yang lebih baik,” katanya.


MTK
Exco ni guna skrip lama nak tutup kelemahan memerintah

2 comments:

Anonymous said...

taman teknologi kulim tu bawah menteri kewangan bukannya kerajaan negeri dan mereka bersama miti yang terus menerus mempromosi malaysia untuk mendapat pelaboran. terakhir sekali kilang wafer 30kwt sanyo akan dibesarkan di kedah atas usaha dato najib bukan mb kedah. hakikatnya, banyak kilang di kulim merungut kerajaan negeri menaikkan tarif air dan supply air yg tidak konsisten. satu lagi, yb fakhrozi ni exco kerajaan tapi figure langsung tak bagi tahu, berapa luas taman teknologi dulu dan berapa keluasan baru, langsung tak ada bakat jadi pentadbir..sepatutnya dah ada figure tu kat jari..bukan banyak sangat taman teknologi yg dia jaga.. cakap berpusing-pusing tak ada supporting facts..malula IR macamni..

Anonymous said...

hahaha...ape pnye excola...ckp pusing2 tang tu jgk...tkde fakta...ckp mcm budak kecik...puasla rakyat kena kecing...yg percaya lg la bangai nk mampos...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive