Sunday 5 February 2012

SAH!! PLAYER BOLA KITA MEMANG TERLIBAT DENGAN RASUAH??!

Skandal rasuah bola: 18 pemain, seorang jurulatih terbabit

04/02/2012 8:01pm


KUALA LUMPUR 4 Feb. – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengenal pasti 18 pemain dan seorang jurulatih yang didapati terbabit dalam skandal rasuah pada Liga Malaysia musim lepas.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, pemain dan jurulatih berkenaan akan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun.

"Atas pandangan dan nasihat Jawatankuasa Disiplin FAM, pemain dan jurulatih berkenaan akan diambil tindakan dan senarai nama akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM di sini hari ini.

"Ini membuktikan keseriusan FAM berkaitan dengan perilaku beberapa pemain dan pegawai dan berharap ia memberi pengajaran kepada pemain dan pegawai yang melibatkan diri dalam kejohanan kelolaan FAM,” katanya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pemain tersebut melibatkan enam pemain dari pasukan Negeri Sembilan dan seorang jurulatih, pasukan T-Team (enam), dan pasukan MP Muar (enam). – BERNAMA



Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive