Tuesday 7 February 2012

PANAS!! PKR MAHU AMBIL KEDAH DARI PAS??SIAPA DALANGNYA??



Perbalahan antara Pas Kedah dan Pkr memang tidak di nafikan lagi,setelah angin angin perebutan kerusi berlaku antara pas dan pkr,kini pemimpin dan ahli parti pkr kedah sendiri terbabit dalam usaha menjatuhkan Ostad Jijan selaku MB kedah..







ALOR SETAR: Pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dipercayai terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan sengaja membangkitkan pelbagai isu untuk menjejaskan imej beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Sumber dalaman PAS berkata, usaha halus itu mula digerakkan secara aktif sejak beberapa bulan lalu untuk menyingkirkan Azizan jika pembangkang kembali menguasai Kedah selepas PRU-13.
Berikutan itu, ahli PAS peringkat pimpinan pertengahan dan bawahan negeri kini bertekad untuk mempertahankan kedudukan Azizan dan menuntut semula semua kerusi PKR yang bermasalah lompat parti bagi diserahkan kembali kepada PAS.


“Walaupun tidak membabitkan PKR Kedah secara keseluruhan, namun perbuatansegelintir mereka dibimbangi mampu merencatkan usaha pembangkang untuk kekal memerintah Kedah selepas pilihan raya umum akan datang.


“Apa yang dikesalkan beberapa orang dari PKR, termasuk di peringkat kepemimpinan negeri didapati mula tersalah arah dan bersikap oportunis untuk mencari populariti.


“Perbuatan ini mungkin menguntungkan mereka secara peribadi namun tidak kepada pembangkang.
“Mereka harus fokus untuk menghadapi pilihan raya secara bersama dan bukan dengan menyerang Azizan hingga melemahkan pembangkang,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, PAS bagaimanapun masih percaya bahawa perpaduan antara PKR dan DAP adalah kunci kepada kejayaan pada pilihan raya akan datang, namun tidak mustahil mengambil tindakan yang lebih agresif jika kegiatan golongan itu menular dan menjejaskan perpaduan pembangkang.


“Jika ia berterusan, ahli kita di peringkat pertengahan dan bawahan akan mendesak semua kerusi PKR yang lompat parti diserahkan semula kepada PAS,” katanya.


Kelmarin, UMNO Kedah menyifatkan suasana semasa politik negeri memberi gambaran jelas bahawa kedudukan Azizan semakin goyah berikutan wujud usaha dalaman menjejaskan imejnya dan menggantikan dengan tokoh lain menjelang pilihan raya akan datang.


Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata berdasarkan isu dan maklumat yang diketahuinya ketika ini menunjukkan usaha menyingkirkan Azizan semakin jelas dan ia didalangi beberapa pimpinan dalaman pembangkang sendiri.


Beliau berkata, tindakan beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mempertikaikan tindakan Azizan berhubung isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN), menunjukkan bahawa pembangkang itu hanya mengutamakan politik, tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.


Portal Umno kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive