Thursday 31 January 2013

PERHATIAN !!! PENGUMUMAN KHAS BUAT ANAK MUDA DI KEDAH !! #BNYJobsfair13 @KhairiKJ @tunfaisal @NazirHussin79




Hari ini akan berlangsungnya Himpunan Anak Muda bersama YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Suka Menanti.. Untuk Program hari ini, Pihak penganjur telah menyediakan bermacam-macam acara untuk golongan anak muda di Kedah.

Antara yang ditunggu tunggu adalah Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair buat pertama kalinya diadakan di Kedah.. Karnival BN Youth Job Fair antara yang terbaik pernah dianjurkan oleh Pemuda Umno Malaysia dimana berjaya menarik seramai 120 ribu pengunjung dan 100 ribu resume telah diterima oleh majikan majikan yang terlibat dalam program ini di PWTC tahun lepas..

Pada Karnival kali ini, lebih dari 85 agensi kerajaan dan syarikat swasta yang menyediakan 4,200 peluang kerjaya dari segi pekerjaan dan perniagaan kepada anak anak muda di Kedah..




Program BN Youth Job Fair 2013 kali ini adalah dari inisiatif Pemuda Barisan Nasional sempena Himpunan Anak Muda Bersama PM di Kedah..

Bagi golongan muda yang mahu membina kejaya melalui perniagaan, latihan dan kemahiran, bimbing keusahawanan dan khidmat nasihat serta kemudahan pinjaman perniagaan turut di sediakan di Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair.

Karnival Kerjaya ini akan berlangsung selama 2 hari, bermula hari ini 31 Januari 2013 sehingga 01 February 2013.

Jom kita beramai ramai meriahkan Karnival ini sempena Himpunan Anak Muda bersama YAB Perdana Menteri Malaysia

1 comment:

Anak Perelih said...

Bila UMNO perintah Kedah, PAS tak boleh guna kemudahan seperti Stadium.. tapi bila PAS perintah Kedah, UMNO boleh guna kemudahan seperti Stadium... macam program ni Baguih betui PAS ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive