Sunday 27 January 2013

PANASS !!! PEJABAT ADUN PAS JUAL TANAH PAKAI RESIT RM 2 ?? @SlmtGngInas #TukarKedah


Memang licik betullah permainan YB Pas Adun Kupang kenakan penduduk kampung di Iboi dalam isu pemberian tanah yang diusahakan mereka sejak beberapa tahun yang lalu..

Resit RM2 dijadikan sebagai bahan bukti antara transaksi antara penduduk kampung dan pejabat Adun Kupang..

Dalam kes ini Pejabat adun Pas Kupang telah bertukar menjadi sebahagian daripada Pejabat Tanah untuk menjadi agen pengutip duit daripada penduduk kampung yang terlibat dalam pembelian tanah yang diusahakan mereka..



Tak pernah lagi terjadi di mana mana negeri di Malaysia yang pejabat adun dijadikan tempat untuk mengutip duit tanah dari rakyat..

Gambar diatas dan dibawah ini sebagai buktinya




Dalam pertemuan antara mangsa penipuan kerajaan Pas Kedah dengan penasihat Biro Guaman Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia semalam, memang ada kesalahan undang undang disini..Bayaran permohonan tanah hanya dikeluarkan oleh pejabat tanah dan bukannya pejabat Adun..

Tiada langsung bukti bahawa resit rasmi dari pejabat tanah dikeluarkan, yang ada hanyalah resit RM 2 yang dicop dengan alamat pejabat adun Pas Kupang..

Adub Bayu YB Dato Che Azmi yang hadir semalam turut kecewa dengan sikap Kerajaan Pas Negeri Kedah sampai sekarang ini masih gagal untuk menunaikan janji walaupun sudah beberapa tahun kes ini dibangkitkan..



Beliau berkata semua bukti bukti dan maklumat sedang dikumpulkan..Jika Kerajaan Pas masih lagi tidak menyelesaikan masalah ini, satu badan bertindak akan ditubuhkan untuk membantu mangsa mangsa penipuan..

Jadi sampai disini saja dulu laporan dari Gunung Inas..Masih banyak lagi yang akan dibongkarkan selepas ini..tungguuuu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive