Thursday 31 January 2013

JELAJAH ANAK MALAYSIA TURUN PADANG DEKATI RAKYAT @najibrazak @khairikj @tunfaisal



Program ‘Jelajah Anak Malaysia’ yang disertai gabungan 46 badan bukan kerajaan NGO mahasiswa dan belia bermula Rabu ini akan bertindak sebagai agen penghubung antara kerajaan dan rakyat.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia Aspirasi Mohd Shahar Abdullah berkata penganjuran program itu tahun ini juga dilihat lebih bersifat mendekati dan mendampingi rakyat di peringkat akar umbi sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Beliau berkata program yang sebelum ini dikenali ‘Jelajah Aman Kampus’ itu sekali lagi digerakkan bagi memperkasa jaringan generasi muda demi memastikan suara dan pemikiran mereka terarah kepada satu matlamat iaitu demi kepentingan rakyat dan negara


 “Justeru kita tambah baik penganjurannya tahun ini dengan memasukkan aktiviti yang dinamakan ‘rakyat service centre’ pusat khidmat rakyat dengan kita berjaya kumpul 16 agensi kerajaan untuk membuka kaunter perkhidmatan ” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya program yang dirangka dalam tiga fasa itu akan menjelajah selama 18 hari ke beberapa lokasi bermula di Putrajaya Rabu ini Fasa kedua program melibatkan jelajah ke Sarawak bermula pada 25 Februari hingga 3 Mac manakala fasa terakhir iaitu jelajah ke Sabah berlangsung dari 5 hingga 12 Mac — Bernama.

Untuk mengikuti perkembangan serta update update terkini dari program ini anda boleh klik like di fan page Jelajah Anak Malaysia di sini https://www.facebook.com/JelajahAnakMalaysia  

Laman web http://jelajahanakmalaysia.com/prelaunch/ 

dan untuk video boleh klik di link ini http://www.youtube.com/user/JelajahAnakMalaysia?feature=watch

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive