Monday 28 January 2013

EKSKLUSIF !!! PEJABAT ADUN PAS KUPANG ROMPAK WANG RAKYAT ?!! #SlmtknGngInas #TukarKedah





Apa nak jadi dengan Pas,tak habis habis nak tipu orang kampung..Dah jadi kerajaan pun masih nak tipu..Bukannya nak selesaikan masalah rakyat, tapi duk tambahkan lagi beban mereka..

Siapa tak marah kalau kena tipu, bukan saja tipu dari segi wang ringgit tapi sampai geran tanah pun Pas sanggup tipu..

Episod selamatkan Gunung Inas kali ini aku nak ceritakan bagaimana Pas Kupang mengunakan Pejabat Adun Pas Kupang dijadikan markas operasi untuk menipu orang kampung mendapatkan geran tanah..

Semalam aku dedahkan kelicikkan Pas hanya mengunakan resit RM2 sebagai bukti pembayaran (klik sini) .
Kali ni aku dedahkan wajah orang kampung yang ditipu sehingga kerugian hampir 10 ribu..

Menariknya kesemua wang untuk dapatkan geran tanah itu dibayar di Pejabat Dun Kupang.. Ada penduduk kampung memberitahu bahawa permohonan tanah ini tidak pernah diproses di  Pejabat Tanah dan tiada langsung bukti bukti transaksi pembayaran antara Jawatankuasa Usaha Gunung Inas dengan pejabat Tanah..



Persoalannya kemana hilangnya wang penduduk kampung yang terlibat ini?? Difahamkan jumlah wang terkumpul yang dibayar oleh pemohon pemohon geran tanah ini dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit..

Pakcik Taha Lahmat mendakwa anaknya kerugian hampir 10 ribu ringgit sebagai bayaran untuk mendapatkan geran tanah ini di pejabat Adun Pas Kupang.. Beliau telah mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun yang lalu..

Di awal pentadbiran Pas, pemimpin Pas berjanji mahu memberi geran tanah kepada semua peneroka yang terlibat.. Pemohon hanya perlu membayar sejumlah wang antara RM100 hingga beribu ribu ringgit untuk kerja kerja mengukur tanah.

Namun sampai sekarang tiada apa apa berita dan tindakkan dari Adun Pas Kupang untuk menjelaskan isu ini kepada penduduk.. Kesemua pemohon yang hadir pada sesi dialog bersama sama Penasihat Undang Undang Unit Media Baru 2 hari lepas merasakan mereka ditipu oleh Kerajaan Pas Kedah..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive