Saturday 7 December 2013

UMNO KEDAH FOKUS USUL KENAIKKAN HARGA BARANG LEPAS PRU 13 #PAU13




Perwakilan dari Kedah membangkitkan pertanyaan mengenai kenaikan harga untuk beberapa barangan kerperluan asas semasa Perhimpunan Agung Umno.

Ekoran kenaikan mendadak harga beberapa barangan keperluan asas selepas Pilihan Raya 2013, termasuk terbaru kenaikan kadar 15% bekalan elektrik, perwakilan Umno dari Kedah Datuk Othman Aziz berkata, rakyat kini tertanya-tanya apa lagi harga barangan yang akan naik selepas ini.

"Bila minyak, gula dan terbaru elektrik naik, rakyat tertanya-tanya apa lagi nak naik lepas ni," kata Othman dari Jerlun.



Beliau yang membahaskan ususl ekonomi sempena Perhimpunan Agung Umno menegaskan, rakyat merasakan tidak masuk akal sekiranya kadar ekonomi meningkat, tetapi kenapa harga berkenaan perlu naik.

Pembangkang jelas melihat isu-isu kenaikan harga barangan keperluan asas itu sebagai "bola tanggung" dan memberikan kelebihan kepada mereka dengan serangan-serangan di laman media sosial.

"Mereka cuba nak jadi juara rakyat. Media pembangkang mula mencanangkan pemikiran negatif," katanya. Justeru, beliau mengharapkan tindakan proaktif Putrajaya dan bersedia menjawab segala isu berkenaan malah tidak lagi bergantung dengan strategi bersifat defensif.

"Kerajaan kena bagi peringatan berjimat-cermat kepada rakyat. Kita boleh umum tangguh projek dan fokus kepada perkara asas. "Kalau kita kempen jimat elektrik lebih awal, bila elektrik naik tidak rakyat terasa sangat," katanya lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive