Friday 6 December 2013

BANJIR !! HAMPIR 35 RIBU MANGSA DIPINDAHKAN !! JUMLAH MAKIN MENINGKAT



Sebanyak 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Pahang dalam keadaan cuaca mendung pagi Jumaat. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan ini adalah dari lapan daerah – Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera.

“Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan,” katanya.



Di Rompin, sebanyak 2,865 mangsa banjir ditempatkan di 14 pusat pemindahan, Pekan (3,218 orang), Maran (49 orang), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan di Bera, daerah terbaharu membabitkan pemindahan pukul 6 pagi ini, menempatkan 61 orang.

Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Km62 Jalan Kuantan-Rompin. – BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive