Friday 6 December 2013

BERAPA BILION DUIT RAKYAT MALAYSIA LEBUR AKIBAT SIKAP LAGAK RAKYAT SINGAPURA ??




Berita hari ini melaporkan terdapat satu kemalangan di lebuhraya plus dekat Seremban membabitkan 3 buah kenderaan kategori Supercar.

Ketiga tiga kereta Lamborghini yang hangus terbakar itu  dimiliki warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Kalau dilihat pada gambar, semua orang boleh bayangkan ketiga tiga kereta ini sedang berlumba.. kereta paling hadapan terbabas lalu kereta yang lain merempuh dari belakang..



Mungkin rakyat Malaysia tak sedar bahawa setiap kerosakkan disebabkan kemalangan jalan raya baik rakyat Malaysia ataupun rakyat asing ditanggung oleh Kerajaan yakni duit rakyat Malaysia.. Berbilion duit rakyat lebur untuk kerja kerja pembaikkan bagi mengantikan harta awam yang rosak..

Kita sebagai pemandu di Malaysia sakit hati melihat tingkah laku pemandu Singapura seperti raja di lebuh lebuh raya di Malaysia.Mereka selalunya datang dengan kenderaan mewah memandu secara melulu, parking sesuka hati, dan tidak menghormati pemandu rakyat Malaysia.

Kalau kita ke negara mereka pun kita mengikut segala undang undang negara mereka, tapi bila mereka datang ke Malaysia, adakah pemandu asing ini menghormati undang undang Malaysia.??

Apakah adil bagi kita melayan mereka seperti raja ?? Bagi aku, kerajaan Malaysia perlu mengetatkan lagi undang undang terhadap mereka dan setiap kerosakan yang dilakukan oleh rakyat asing ini ditanggung oleh kerajaan mereka.

Tak perlu kerajaan berlembut lagi dalam kes kes kemalangan akibat sikap lalai melibatkan rakyat asing seperti yang berlaku terhadap rakyat Singapura diatas. Mereka suka suka berlumba, Malaysia pulak kena tanggung segala kerosakkan..


Pertahankan hak kita sebagai rakyat Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive