Wednesday 4 December 2013

PANASS !! NAIB KETUA PEMUDA UMNO CARI GADUH DENGAN BLOGGER ?? #WANBERUK



Semalam, aku dimaklumkan oleh beberapa sahabat blogger yang sedang bertugas di PWTC telah di "sound" oleh NKP Umno berimej koperat ketika terserempak dengan beliau di laman Media

Malah ketika rakan blogger aku sedang merakam gambar NKP koperat nie, dia siap sound sekali lagi kata " ini musuh aku " dihadapan rakan rakan pemuda Umno yang lain sewaktu program makan tengah hari anjuran Pemuda di PWTC.

Menurut apa yang ditulis oleh blogger Sangkakalajari9, kisahnya bermula apabila bekas Ketua Pemuda Perak ini telah mengupah beberapa orang blogger termasuklah Sangkakala untuk menjadi jentera siber beliau semasa pemilihan agung pemuda UMNO dan Khairul atau azwanbro telah berjanji untuk memberikan imbuhan diatas kerja kerja tersebut.



Namun apa yang berlaku ialah, pembayaran hanya dibuat separuh sahaja dan separuh lagi masih tertunggak dan azwanbro kini nampaknya macam melarikan diri tanpa berhubung dengan jentera jentera ini.

Sehinggalah bermulanya semalam, penggiat maya ini telah membuat hashtag dalam twitter #wanberuk.

Dan rakan blogger yang dikatakan musuh tadi juga salah seorang yang terlibat.

Tapi nampaknya wanbro ni bukan nak selesai masalah, namun mencipta masalah lain dengan mengatakan jentera jentera ini musuh beliau.

Persoalannya, siapa yang mencipta musuh? Adakah blogger yang mencipta musuh atau wanbro sendiri mencari musuh?Tulis blogger Sangkakalajari9,

Sebenarnya pada pemilihan hari tu, si wanbro antara individu yang aku serang, serang bukan aku tak suka tapi aku benci imej koperat dalam pemuda Umno.. Manusia berimej koperat ni selalunya hanya pandai mengarah tapi kalau disuruh buat, belum tentu dapat laksanakan..

Sebabnya imej koperatlah antara salah satu penyebab pemuda kelihatan lemah.dan perkara itu terbukti apabila berlangsungnya PRK Sg Limau baru baru ni dimana si wanbro menjanjikan pemuda seramai 2000 orang untuk turun berkhidmat tapi akhirnya satu habuk pun tak ada..

Kepada wanbro, kalau betui nak cari pasal, dipersilakan..Kami terima dengan hati terbuka.

Baca tulisan blogger yang kena sound pulak Klik SINI

MTK
Bila dah janji kenalah tunaikan ye tak?? Jangan hanya pandai bercakap tapi lari bila nak tunai janji.

1 comment:

Anonymous said...

#wancapati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive