Tuesday 3 December 2013

PANASS !!! PEMAJU SWASTA BUTA SEJARAH CUBA LENYAPKAN TAMADUN KEDAH DI LEMBAH BUJANG @MukhrizMahathir



Semalam kita dikejutkan dengan pendedahan mengenai khazanah warisan sejarah turun temurun Malaysia iaitu Candi di Lembah Bujang telah dirobohkan oleh pihak pemaju swasta untuk tujuan pembangunan..

Aku difahamkan candi yang terdapat di atas tanah dalam kawasan Sg Batu itu milik persendirian.. Candi berkenaan dikelilingi ladang kelapa sawit.

Kenapa isu tentang Candi Lembah Bujang ni menjadi perhatian ramai ?? salah satunya aku yakin isu ini bukan isu perkauman atau soal merobohkan tempat beribadat sesuatu agama, tetapi ianya adalah SALAH SATU WARISAN SEJARAH TERULUNG NEGERI KEDAH dimana ketika itu Kerajaan Tua Kedah adalah salah satunya Kerajaan  sebelum empayar Kesultanan Melayu Melaka..

Hampir kesemua rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri mahu mempertahankan tempat bersejarah itu daripada dirobohkan. Kawasan arkeologi Lembah Bujang merupakan peninggalan warisan sejarah yang masih lagi dalam kajian pihak USM..

Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila sebuah tempat bersejarah yang hampir berusia 1,200 tahun ini telah dimusnahkan oleh pihak PEMAJU SWASTA yang tidak bertanggungjawab hanya semata mata untuk mengejar keuntungan.. Hasil semakan aku mendapati kawasan yang dimusnahkan ini akan dibangunakan dengan projek perumahan.. Menurut Exco Kerajaan Negeri Kedah YB Mohd Rawi, Pemaju gagal memaklumkan kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani tentang struktur dalam pelan pembangunan dikawasan berkenaan.. Terdapat hampir 50 buah candi di kawasan Lembah Bujang dimana kebanyakkannya berada di atas tanah milik persendirian.

Semalam, Kerajaan Negeri Kedah sudah mengarahkan projek itu diberhentikan buat sementara. Menurut sumber, YAB MB Kedah sememangnya tidak mempunyai kuasa dalam hal ini memandangkan kawasan tersebut adalah kawasan persendirian dan diluar penjagaan beliau.. Hal ini disebabkan tanah kawasan tersebut telah dijual kepada pemaju.

Sebaik sahaja pihak MB dimaklumkan tentang berita ini, arahan agar pemaju memberhentikan kerja kerja meratakan tanah dikawasan candi ini diberhentikan sementara bagi membolehkan pihak kerajaan menyiasat punca sebenar berlaku..

Aku yakin dalam hal ini, kerajaan Kedah cukup kecewa dan sedih dengan tindakkan PEMAJU YANG KURANG PEKA terhadap monumen monumen peninggalan sejarah yang amat berharga..

Apa yang aku nak katakan disini adalah kepada MP MP pembangkang yang cuba nak tunjuk hero kononnya kerajaan Kedah roboh candi itu lebih baik duduk diam.. Kerja kerja memusnahkan kawasan milik persendirian ini dibuat oleh syarikat pemaju swasta diatas tanah milik persendirian dan tak maklumkan kepada Majlis Perbandaran tentang kerja kerja merobohkan..

Satu lagi, candi ini adalah bahan tinggalan sejarah dan bukannya tempat masyarakat India beribadat.. Isu ini bukan isu perkauman, sebab penganut HINDU DIZAMAN KURUN KE 8-11 MASIHI MERUPAKAN bangsa MELAYU bukannya INDIA ...baca balik sejarah Hindu tamadun Melayu lama.. Harap Faham Okay...

Kerajaan Kedah Tua dulu dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive