Wednesday 28 August 2013

SIDANG DUN KEDAH !!! PHAHROLRAZI AKUI KUIN HANCUR DIBAWAH PEMERINTAHAN PAS !?? NAK KATA APA LAGI ???



Dendam Pharolrazi terhadap Tan Sri Ust Azizan Razak belum lagi reda. Walaupun Tan Sri Azizan kehilangan kedua dua belah kali dan tidak mampu beraksi di sidang Dun, Namun semua itu bukan alasan bagi Phahrolrazi untuk merasa simpati kepada Tan Sri Azizan Razak.

Dalam sidang DUN Kedah semalam, Phahrolrazi telah mengejutkan semua wakil rakyat Pas apabila Phahrolrazi meminta semua pihak berhenti daripada mempolitikan isu KUIN, dan Phahrolrazi juga meminta Kerajaan Negeri supaya mengeluarkan kertas putih bagi menceritakan secara keseluruhan mengenai isu KUIN, seperti siapa dalang yang bertanggungjawab, kenapa dan mengapa ada masalah di KUIN selepas Pas memerintah.

Saranan yang dibuat oleh Phahrolrazi ini jelas menunjukkan untuk sidang Dun kali ini Phahrolrazi mahu membalas dendam terhadap Tan Sri Ust Azizan Razak, kerana Tan Sri Azizan Razak dan bekas rektor KUIN si Jamil la yang bertanggungjawab merosakkan KUIN.



Sebelum ini, beberapa orang Adun Pas merancang untuk menyerang kerajaan BN tentang isu KUIN dan Insaniah Holding.. Tapi malangnya Phahrolrazi terlebih dahulu minta isu KUIN ini ditamatkan serta meminta kerajaan mengeluarkan kertas putih tentang masalah yang berlaku di KUIN..

Phahrolrazi menganggap CEO Insaniah Holding antara punca reputasi Pas Kedah hancur dan antara penyebab kekalahan Pas.. Dalam pada itu, isu kakitangan Insaniah Holding Sdn Bhd(syarikat milik kroni Pas) yang tidak dibayar gaji juga menjadi point penting Pas untuk menyerang kerajaan BN kononnya selepas BN mengambilalih kerajaan,soalan dari Ahmad Yahya Adun Alor Mengkudu mengenai gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn bhd tidak dibayar bermula dari bulan Mei..

Mengikut jawapan yang disampaikan oleh Exco, gaji kakitangan Insaniah Holding tidak dibayar sejak bulan April, ketika itu Pas masih lagi mentadbir negeri Kedah.. Hutang Insaniah Holding Sdn Bhd terhadap KUIN pula berjumlah lebih dari RM35 juta ..

Masalah sebenar Insaniah Holding yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pas sebelum ini bukan untuk mencari pendapatan luar untuk KUIN bagi meringankan beban kerajaan untuk menanggung kos perbelanjaan, sebaliknya Pas gunakan syarikat berstatus sendirian berhad itu untuk mengkayakan kroni dengan gaji gaji dan elaun sehingga hampir 50 ribu sebulan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive