Saturday 31 August 2013

ALERT !!! SYABAS KELUAR KOD MERAH BAGI PENGUNA AIR DI LEMBAH KLANG !!!



Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah mengaktifkan pelan kecemasan ekoran tumpahan diesel yang berlaku kira-kira 10 kilometer daripada kawasan simpanan air.

Gangguan bekalan air dijangka menyebabkan lebih daripada sejuta pengguna di tujuh daerah di Lembah Klang akan terjejas.

Ini kerana empat loji rawatan air di Sungai Selangor Phase 1, 2 dan 3 dan Rantau Panjang perlu ditutup untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan.



Kawasan yang tejejas ialah Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Syabar, yang telah mengeluarkan amaran Kod Kecemasan di tahap merah menasihatkan pengguna berjimat cermat dalam menggunakan air dan menyimpan bekalan air secukupnya, ini kerana tempoh gangguan belum dipastikan akan bermula bila.

Timbalan Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Syabas, Priscilla Alfred berkata mereka belum dapat memastikan punca tumpahan diesel tersebut.

"Kami masih lagi menunggu laporan siasatan yang dijalankan.

"Bagaimanapun, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah memulakan operasi pembersihan," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Bale, bale !

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Sebagai untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam sistem perbekalan air, eloklah baca tulisan saya bertajuk," memahami sistem perbekalan air di lembah kelang dan projek langat 2 serta isu-isu berkaitan"

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive