Friday 30 August 2013

MACAI ANWAR KENA TIPU BULAT BULAT DALAM PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN ANWAR BERAHIM !!! KAHKAHKAH




Anwar Ibrahim hari ini dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 berkata, pembangkang bersedia menerima keputusan pilihan raya umum ke 13 (PRU13), dan ini sekali gus memberikan isyarat kesediaannya untuk memulakan rundingan perpaduan dengan kerajaan.

Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bagi membincangkan masalah negara.

“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.



Beliau berkata, antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.

Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender.

“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.

“Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik.

“Bagi mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,” katanya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diberi kebebasan sepenuhnya baagi menyiasat pembabitan rasuah tokoh besar di samping pihak polis digesa untuk menjalankan siasatan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan.

Anwar berkata, kerajaan harus segera menghentikan kegiatan menghasut rakyat menggunakan media arus perdana serta tidak menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai alat bagi menyampaikan propaganda kerajaan.

“Dalam usia kemerdekaan negara mencecah 56 tahun, negara masih berdepan dengan isu polarisasi kaum dan menghadapi bibit perpecahan dalam agama. Masyarakat sepatutnya dididik untuk menjadi lebih matang bukan didedahkan dengan agenda politik sedemikian.

“Kita harus bertanya adakah hari ini Perlembagaan Persekutuan subur diamalkan dalam negara atau sudah ada pencabulan terhadap kanun negara itu,” katanya yang menyifatkan pemimpin BN masih enggan belajar dari sejarah negara yang lalu.

Perdana menteri sebelum ini berkata, PR perlu bersedia menerima keputusan PRU13 sebelum perbincangan dimulakan. - 30 Ogos, 2013


MTK

Boleh percayakah kata kata masin Anwar ni ?? Bukan baru dia punya auta.. Dah berpuluh puluh kali Anwar temberang..

Soalnya sekarang adakah penyokong penyokong PR nak terima keputusan PRU13 selepas  ditipu oleh pemimpin PR bahawa keputusan PRU13 bili mereka dan akan berjuang menuntut kemenangan??

Takkan penyokong PR tak ingat ayat ayat masin pemimpin PR setiap kali himpunan Blackout505 diadakan ??

Bagaimana pula dengan tuduhan yang dilemparkan oleh PR kepada SPR ?? dimana bukti bukti wujudnya penyelewengan keputusan PRU13 ??

Macamana pula dengan keputusan NGO yang mahu adakan Bersih 4.0 ??

Cukup cukuplah Anwar dengan pembohongan anda..Anda seeloknya berambus keluar dari Malaysia dari keluarkan kenyataan yang membodohkan diri anda..

1 comment:

Anonymous said...

Isteri Najib Yang Bebal Atau Pegawai Khasnya Yang Sengal

Bukan isterinya yang suka masuk campur tetapi pegawai khas beliau yang menggunakan beliau kerana pegawai khas tersebut lihat peluang untuk buat duit melalui senarai calon pru13.Pegawai khas ini juga mengumpul askar maya yang diketuai oleh pemilik portal utara, bloger no1 malaysia, bloger yang berpangkat datuk, bloger yang guna nama sendiri, bloger kaki terbang dan puluhan saudaramara bloger kari basi dan saudaramara bloger rohbani.
http://thebebalian.blogspot.com/2013/08/isteri-najib-yang-bebal-atau-pegawai.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive