Friday 30 August 2013

PANASS !!! UNDANG UNDANG ANTI SYIAH KEDAH HINA AL QURAN & HADITH - ADUN PAS @MukhrizMahathir



Mungkin ramai yang akan percaya dengan kata kata ketua pembangkang Kedah tentang isu undang undang syariah yang diluluskan dalam sidang dun baru baru ini al maklumlah mereka kan parti Islam.

Jadi Kenyataan Amiruddin Hamzah(ketua pembangkang) dalam FB telah dikongsi dan disebarkan kononnya adun adun BN yang menyokong undang undang syariah tersebut menghina Al Quran dan Hadith..

Sebenarnya undang undang syariah yang dibahaskan itu adalah undang undang lama yang dipinda dan ditambah undang undang baru termasuk melarang ajaran yang bertentangan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.. Apa apa ajaran yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah akan dikenakan tindakkan dibawah undang undang baru ini.



Di Kedah bukan saja terdapat ajaran syiah tetapi bermacam macam lagi ajaran sesat yang lain bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.

Fokus di kedah sekarang ini bagi menghalang segala aktiviti melibatkan tentang fahaman syiah yang makin menjadi jadi..

Jika undang undang ini hanya di tulis perkataan syiah, bagaimana pula dengan ajaran sesat yang lain seperti agama matahari dan ajaran ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam?? Mesti adun adun Pas akan persoalkan tentang perkara ini.

Kerajaan Kedah mengeluarkan fatwa bahawa syiah adalah ajaran sesat . Sebab itu Kedah memerlukan undang undang untuk mengambil tindakkan terhadap kumpulan ini..

Menurut apa yang dijelaskan oleh penasihat undang undang negeri Kedah, untuk meminda atau menambah undang undang baru, kesemua undang undang yang terkandung dalam undang undang syariah berkenaan dikeluarkan dan dimasukkan semua bersama sama undang undang baru..



Jika benar Amiruddin menganggap undang undang ini menghina Al Quran dan hadith, orang pertama yang akan menegur adalah Dato Mufti kerana undang undang dibincangkan bersama dengan beliau..

Soalnya sekarang adalah kenapa Pas menolak undang undang anti syiah ini ataupun dalam bahasa mudahnya ajaran yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah??

Jika sebelum ini Pas pusat bertegas mahu membanteras isu Syiah, tetapi kenapa sebaliknya di Kedah?

2 comments:

Anonymous said...

patut PAS yg memerintah kelantan dah 23 tahun buat dulu utk kita ikut!!

Anonymous said...

Amiruddin jadi ADUN PAS pun bukan faham Ugama Islam. Dia masuk PAS pun pasai marah kat PKNK kerana tak lanitik jadi CEO Darulama Realiti.

Enekmen Syar'iyah yang dibentang dalam Dewan Negeri pun dia tak faham... maincakap jaaaa...

Maca dia dok pi ceramah PAS laaa... Kata tazkirah. Mana dia faham maana tazkirah!!!!. Dia ingat ceramah tuuu tazkirah lah. Macam Anwar Ibrahim laaa... dok bersila kat tempat Imam, dah kata tazkirah. Lepas tuuu...bantai orang. Tazkirah kepala bapak depa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive