Wednesday 28 August 2013

PANASSS !!! ADUN PAS TERKEJUT KEPINCANGAN KUIN DIDEDAHKAN !! SEBELUM NI BUKAN KATA KUIN TAK ADA MASALAH KA??




Itulah cara Adun Pas nak selamatkan diri masing masing ketika kepincangan pentadbiran KUIN didedahkan buat pertama kalinya dalam sidang dun semalam...

Sebelum ini ketika mereka menjadi kerajaan, soalan mengenai KUIN yang dibawa oleh Adun BN dalam sidang Dun tidak dijawab.Malah mereka letak soalan panas seperti KUIN dan pusat hiburan di Kedah dibahagian akhir yang tak akan dijawab kerana kekangan masa yang terhad menyebabkan rakyat tidak tahu pekara sebenar..

Selepas BN mengambil alih kerajaan, pekara ini terpaksa didedahkan sehingga ada Adun Pas bangun mencelah agar kerajaan negeri menamatkan isu KUIN dengan mendedahkan segala galanya dalam kertas..

Baca pendedahan kepincangan pengurusan anak syarikat KUIN Insaniah Holding semasa menggulug perbahasan sidang Dun semalam...



Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Selasa dikejutkan dengan pendedahan kepincangan pengurusan dan kewangan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) yang mendedahkan perkara itu semasa menggulung perbahasan, mengemukakan bukti dengan fakta serta contoh berdasarkan siasatan dan audit dalaman.

Pendedahan itu mengejutkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor) yang bangun mencelah dan berkata apa yang didakwa itu di luar pengetahuan barisan Exco ketika Kedah ditadbir pakatan pembangkang.

Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh KUIN.

Menurutnya anak-anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan.

“Kesemua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah,” kata Tajul Urus.

Beliau berkata unit penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja-kerja itu bagaimanapun dibayar oleh KUIN.

Pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian, tambahnya.

“Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA. Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin,” katanya.

Tajul Urus berkata kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap KUIN. – BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

pas terah tu la. puak depa nak percaya ka?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive