Friday 30 August 2013

PANASS !!! ARTIKEL FITNAH !!! PMO BUAT LAPORAN POLIS KEATAS BLOGGER !!!




PEJABAT Perdana Menteri (PMO) telah membuat satu laporan polis semalam ke atas blogger Sangkakalajari9 atas sebuah entri di blognya yang disifatkan memfitnah pegawai PMO kononnya terlibat dengan perbuatan rasuah.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya oleh seorang pegawai PMO.

Laporan polis menjurus kepada artikel di blog itu bertarikh 21 Ogos lepas yang dilihat bersifat fitnah terhadap integriti, profesionalisme dan reputasi para pegawai kanan perkhidmatan awam di PMO.

Perkara tersebut telah disahkan oleh seorang pegawai PMO ketika dihubungi oleh Mynewshub pada hari ini.


Pegawai tersebut berkata, pengendali blog tersebut telah membuat kenyataan itu dengan mendakwa beberapa orang pegawai kanan perkhidmatan awam PMO iaitu Tan Sri Abdul Aziz Kasim, Ketua Setiausaha Sulit (KSUS) Kepada Perdana Menteri dan dua lagi pegawai kanan PMO terlibat dalam amalan jenayah rasuah sedangkan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

Sangkakalajari9 dalam entrinya mendakwa dirinya telah dihubungi oleh seorang bergelar Dato' yang mengatakan bahawa beliau ditipu oleh dua orang lelaki (bukan pegawai PMO) yang mengatakan mereka boleh membantu dalam usaha mendapat pengurangan cukai Kastam.

Dua orang dimaksudkan bernama Asri dan Ehsan dan isteri Ehsan kononnya adalah pembantu peribadi (PA) kepada Abdul Aziz.




Blog Sangkakalajari9 turut mendakwa biasanya kerja yang dibuat pasti perlu disertakan dengan imbuhan yang diberikan atas kerja tersebut. Petikan tulisan blog menyebut :-

"Tapi macam biasa la, takkan buat kerja freekan, mesti ada imbuhan yang diberikan atas kerja tersebut dan jumlah yang diminta oleh kedua-dua lelaki itu adalah sebanyak RM150,000 dan wang tersebut mengikut kata mangsa diserahkan di Kelab Tasik Putrajaya.

"Dan semua surat sokongan untuk pengurangan cukai tersebut telah diberikan oleh kedua-dua lelaki kepada mangsa,"

Menurut blog itu, apabila mangsa penipuan itu menghubungi kedua lelaki ini (Asri dan Ehsan) mereka berdolak-dalih sehinggalah mengambil keputusan bertemu sendiri dengan Abdul Aziz.

Artikel itu turut menyebut, apabila bertemu Abdul Aziz dan juga dua lagi pegawai PMO itu mereka mengatakan bahawa mereka tidak mengenali dengan dua orang lelaki yang ditemui oleh Dato' berkenaan.

Blog itu mempersoalkan kenapa Abdul Aziz dan dua orang pegawai itu tidak mengenali lelaki tersebut padahal dokumen iaitu surat sokongan telah ditandatangani oleh Abdul Aziz dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Blogger itu juga secara melulu menuduh kononnya menjadi amalam biasa dalam kalangan para pegawai kanan perkhidmatan awam PMO meminta imbuhan bagi melaksanakan kerja atau tugas tertentu.

Difahamkan laporan polis itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengenalpasti dalang yang terlibat membuat fitnah tersebut.

Laporan polis juga dibuat bertujuan untuk mempertahankan dan mengembalikan integriti, profesionalisme dan reputasi para pegawai PMO secara keseluruhannya.

Sumber Mynewshub.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive