Tuesday, 6 August 2013

PEHHH !!! NAZRI AZIZ PEJUANG MELAYU SEJATI ??



Aku dah agak dah, semua ni sebab pemilihan Umno tak lama lagi. Kenyataan Nazri nie aku petik dari Utusan..

Menariknya dalam laporan nie dimulakan dengan jawatan Nazri dalam Umno lepastu barulah jawatannya sebagai menteri..

Aku sebenarnya tak ada masalah pun dengan Nazri tapi perangai hipoktriknya menyebabkan aku meluat dan benci dengan pemimpin bermuka muka macam si Nazri nie..

Dulu semua Ahli Parlimen BN dan pejuang pejuang dalam Umno menzahirkan kemarahan kepada Nazri agar mengambil tindakkan terhadap Namewee, si Nazri langsung tak layan..Malah Nazri menyeru kepada rakyat Malaysia supaya tidak mencerca si penghina negara..



Kenyataan Nazri  9 Disember 2010 ketika Namewee datang ke Parlimen.

Nazri mengulangi bahawa tiada tindakan akan dikenakan ke atas Namewee meskipun dia berhadapan dengan tekanan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional.

Nazri juga merayu kepada rakyat Malaysia agar tidak mengecam penyanyi muda itu.

“Dia seorang yang muda, Namewee disalah faham dan disalahertikan oleh media arus perdana.

“Saya tidak fikir Namewee mahu atau berhasrat untuk terlibat dalam politik, kita tidak harus mengheret dia ke dalam bidang yang dia tidak suka,” kata Nazri kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen.-Sumber

Sekarang bila bahang pemilihan Umno makin dirasai, Nazri berubah wajah menjadi pejuang Melayu.. Kenapa dulu tak nak tunjuk hero ?? Sekarang baru nak tunjuk hero ?? Jawapannya pemilihan Umno dah dekat.. So inilah masanya nak angkat keris julang setinggi tingginya..

Jadi sebagai orang yang layak mengundi masa pemilihan Umno nanti, aku yakin ratusan ribu ahli Umno yang lain juga bersetuju tidak akan memberi undi kepada Nazri untuk jawatan apa sekali pun..


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin filem The New Village yang dikatakan mengagung-agungkan perjuangan komunis tidak akan ditayangkan langsung.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, larangan tayangan itu bukan setakat di panggung wayang malah meliputi semua bentuk media termasuk laman blog dan YouTube.

Katanya, kerajaan tidak mahu memberikan isyarat yang salah kepada generasi baru negara seolah-olah perjuangan komunis diberikan penghargaan di Malaysia.

"Saya dan rakan-rakan dalam UMNO, kita akan berterus-terusan dan berhabis-habisan memastikan apa jua bentuk pendewaan terhadap komunisme tidak akan dilaksanakan.

"Jika didapati betul filem ini mendewa-dewakan komunisme, kita mahu filem itu tidak dipertontonkan langsung. Sekalipun keluar dalam blog dan YouTube, kita akan cari mereka sampai dapat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri Peringkat Parlimen Padang Rengas di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan banyak pihak supaya filem The New Village tidak ditayangkan kerana mengagung-agungkan perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).-Utusan

MTK
Tak salah nak menentang tapi jangan hipokrit !!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog archive