Sunday 4 August 2013

PANASS !!! JALAN CERITA FILEM THE NEW VILLAGE MERAGUKAN !!!



1. Filem The New Village yang sedang sibuk diperkatakan ketika ini merupakan satu lagi bencana terhadap hubungan antara kaum yang kini menjadi semakin kritikal.

2. Saya tidak akan pergi dari satu plot ke plot lain tetapi akan menggambarkan secara keseluruhan tentang mesej dan kesimpulan yang ingin disampaikan melalui filem ini.





3. Filem ini adalah terbitan Astro Shaw dan syarikat produksinya adalah Yellow Movies Sdn. Bhd. serta diarahkan oleh Wong Kew-Lit, seorang pengarah tempatan.

3a. Secara psikologinya, nama produksi filem ini pun telah merujuk kepada revolusi warna yang dibawa oleh BERSIH.




4. Secara kerangkanya, filem ini mengisarkan kisah percintaan seorang lelaki (Ah Nam) yang merupakan seorang ahli Komunis dan seorang perempuan (Lee Wen Xiu) kampung tersebut.

6. Filem ini juga memaparkan seorang watak protagonis (hero) yang merupakan ahli Komunis yang bercinta tersebut dan seorang watak antagonis (villain) yang merupakan Ketua Polis dibawah Pentadbiran Ketenteraan British.




7. "New Village" atupun Kampung Baru yang digambarkan tidak kelihatan seperti suatu penempatan malah ia lebih mirip kepada sebuah kem konsentrasi seperti kem tahanan Yahudi semasa Perang Dunia II. Penduduk New Village ini juga dilayan dengan teruk seperti tahanan perang.


8. Secara keseluruhannya pihak British digambarkan sebagai jahat, kejam dan menindas orang Cina.

8a. Pihak Komunis pula digambarkan sebagai pembela dan pelindung bagi orang Cina.

9. Emosi filem ini membawa penonton untuk bersimpati kepada perjuangan Komunis dengan memaparkan kesusahan yang dihadapi Komunis di dalam hutan. Orang Cina di dalam filem ini digambarkan turut bersimpati dan membantu dengan memberi makanan, ubat-ubatan dan maklumat.


10. Satu perkara yang mencuri perhatian saya adalah penggunaan 'pengkhianat' yang merujuk kepada orang tempatan yang bekerjasama dengan pihak British. Secara halus, Ketua Polis yang jahat itu dipakaikan beret berlogo Rejimen Askar Melayu (Rejimen yang khusus untuk orang Melayu) walaupun yang memegang watak tersebut adalah seorang berketurunan Cina dan memainkan wataknya sebagai seorang berketurunan Cina.

10a. Persepsi saya menyatakan bahawa 'pengkhianat' yang cuba disampaikan oleh filem ini merujuk kepada orang Melayu.

11. Watak Ketua Polis itu juga digambarkan sebagai sangat jahat serta bersaing untuk bercinta dengan gadis yang sama dengan watak protagonis (hero). Emosi penonton akan terarah untuk membenci watak Ketua Polis tersebut.

12. Di dalam filem ini juga Komunis tidak digambarkan melakukan sebarang keganasan dan memberi ancaman terhadap orang kampung.

13. Satu babak di antara Ah Nam dan juga kekasihnya di dalam gua menceritakan kekejaman Jepun terhadap orang Cina dan juga penindasan British terhadap keluarganya memaksa beliau untuk berjuang kerana pada tanggapannya British dan Jepun adalah sama sahaja; iaitu penjajah.

14. Pada akhir filem, emosi penonton akan terarah untuk membenci dua konsep yang utama iaitu Polis/Tentera dan juga British/Pentadbiran.

15. Filem ini bersifat anti-establishment yang memberikan simpati kepada sebelah pihak sahaja.

16. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa Kerajaan tidak patut membenarkan filem ini untuk ditayangkan.

17. Pertama, semua pelakon terdiri daripada kaum Cina dan beberapa 'orang putih'. Orang Melayu tidak akan ada sebarang emotional attachment terhadap filem ini kerana tidak ada sebarang perkara untuk dikaitkan.


18. Kaum Cina pula adalah sebaliknya. Segalanya adalah mengenai kaum Cina di Malaysia. Emosi kaum Cina akan terarah kepada kebencian. Babak yang memaparkan rumah kaum Cina dipecah, tempat sembahyang dimusnahkan hanya kerana keluarga tersebut engggan berpindah mampu menjadi 'trigger point' kepada emosi kaum Cina.

19. Filem ini juga membawa maksud untuk menidakkan sejarah kemerdekaan negara. Perjuangan Tunku dan UMNO adalah palsu dan pejuang kemerdekaan yang sebenar adalah pihak Komunis. Langsung tidak digambarkan perjuangan dan sumbangan Tunku dan UMNO dalam mencapai kemerdekaan.

20. Sekiranya penonton tidak mempunyai pegangan sejarah yang kuat, mereka boleh membuat kesimpulan bahawa filem ini adalah benar dan perjuangan Komunis juga adalah benar. Kerajaan yang dibina pada hari ini dibina atas perjuangan Komunis dan seharusnya dikembalikan kepada pihak Komunis.

21. Di akhir filem tersebut, satu teks telah dipaparkan yang bertulis:

"Dedikasi kepada Pejuang Kemerdekaan"

22. Cukup-cukuplah orang Melayu dihina dan terus diejek. Satu demi satu kes yang berunsurkan perkauman dan penghinaan terus muncul setiap hari.

23. Kerajaan perlu mengambil satu pendirian yang tegas pada kali ini. Secara jelas usaha Kerajaan terhadap kaum Cina tidak disambut baik untuk PRU-13. Orang Melayu pula sentiasa berdiri teguh dan setia bersama Kerajaan, walaupun hati mereka semakin hari semakin dalam terguris.

24. Saya secara peribadinya berpendapat bahawa filem New Village ini mempunyai niat jahat yang khusus. Filem ini juga secara tidak langsung bersetuju dengan kenyataan-kenyataan yang pernah disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Mat Sabu dan DAP.

25. Tidak hairanlah sekiranya yang menaja penggambaran filem ini sebenarnya terdiri daripada pemimpin pembangkang.

26. Jangan pula berlaku sesuatu perkara yang buruk baru Kerajaan mahu campur tangan. Dan jangan pula berlaku 'Tsunami Melayu' untuk PRU-14.

27. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

http://truthvaccine.blogspot.com/2013/07/eksklusif-boikotnewvillage-reviu-filem.html

2 comments:

Anonymous said...

Satu lagi jangan lupa. Filem ini memaparkan seolah-oleh cina mahu dihalau dari tanah mereka. Masalahnya tanah siapa tu walaupun cina ni berstatus pendatang? Secara tersirat pemikiran penonton dibawa bahawa cina adalah penduduk asal Tanah Melayu.

Tanah di mana rumah cina dibuat adalah sebenarnya dengan ihsan orang Melayu, selain tanah Melayu yang dirampas oleh British lalu diberikan kepada cina.

Cuba fikir, apa jadi dengan harta-harta, tanah dan kekayaan milik pejuang Melayu yang dirampas oleh British setelah tewas atau dibuang negeri ke Pulau Seychelles atau Afrika Selatan?

Anonymous said...

apa nak heran...
komunis kan pejuang kemerdekaan bak kata pas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive