Saturday 18 May 2013

ROSAKKAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM PUNCA PAS KEDAH JATUH KE TANGAN BN




PERTAMA penulis ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana kerajaan Barisan Nasional telah berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Kedua, penulis ingin memanjat kesyukuran kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah kembali merampas negeri Kedah dan melantik Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir menggantikan kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

Sebagai warga Kolej Universiti Insaniah (Kuin), diharap pelantikan ini akan memberi sinar baharu terhadap perkembangan Kuin agar menjadi sebuah pusat pengajian tinggi Islam yang berprestij bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia secara amnya.

Kekalahan kerajaan Pas dalam mempertahankan negeri Kedah sudah diketahui sebelum PRU-13 lagi.



Ini kerana, kepimpinan Azizan terlalu banyak kelemahannya termasuk isu Kuin.

Ramai yang menganggap isu Kuin kecil sahaja dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas sebelum ini.

Justeru mereka secara sinis mengatakan perjuangan kakitangan Kuin hanyalah sia-sia kerana tidak akan memberi kesan walau sedikit pun terhadap kepimpinan terdahulu.

Namun semuanya meleset apabila kerajaan Pas yang mentadbir Kedah telah tersungkur dan rebah ke bumi.

Keegoan Azizan dan Rektor Kuin, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman dalam menyelesaikan kemelut Kuin telah mengundang simpati daripada masyarakat setempat.

Pelbagai ceramah telah dianjurkan oleh kakitangan Kuin di seluruh Kedah bagi menjelaskan kepada masyarakat apa sebenarnya yang berlaku.

Kami warga Kuin dari awal lagi berpesan bahawa selesaikan isu Kuin kerana ia sedikit sebanyak mampu menjatuhkan kerajaan Pas Kedah.

Namun suara sumbang mengatakan isu Kuin hanya kecil dan tidak menjejaskan prestasi Pas Kedah dalam PRU-13 adalah meleset sama sekali.

Maka blog pro pembangkang telah menuduh kami menipu dan sengaja mencari publisiti berkenaan isu Kuin.

Blog tersebut telah memetik kata-kata Azizan dengan mengatakan bahawa staf yang memberontak merupakan ejen UMNO, Kuin akan ditutup semasa pemerintahan UMNO dan sebagainya.

Kenyataan demi kenyataan yang mengelirukan ini sebenarnya telah membawa padah kepada kepemimpinan Pas Kedah.

Kami warga Kuin amat berharap agar ditubuhkan jawatankuasa siasatan terhadap pengurusan Kuin agar rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam Kuin.

Perjuangan bersih Kuin bukan berpaksikan politik, hanya menuntut keadilan yang telah diabaikan oleh Azizan dan Jamil.

Kami tidak menuntut emas permata juga bukan sekarung intan berlian, tetapi kami hanya menuntut hak yang telah dinafikan selama ini.

Selepas demonstrasi pertama yang dilakukan di dalam Kuin pada 3 Julai 2012, kami menunggu kemungkinan pimpinan tertinggi Pas akan datang dan bertanya apa yang sedang berlaku.

Namun mereka hanya berminat untuk menyalahkan kepimpinan negeri yang diperintah oleh BN.

Sedangkan negeri yang mereka perintah terlalu banyak kecelaruan yang berlaku.

Kami dihujani dengan pelbagai tuduhan, dihina, diludah dan sebagainya namun kami tidak pernah rebah.

Kami akan terus berjuang sehingga Jamil dan kroninya meninggalkan Kuin.

Kepada Jamil, mungkin anda boleh berkira-kira untuk meninggalkan Kuin.

Pergilah ke negara Afrika seperti Somalia, Nigeria dan sebagainya untuk mengajar di tempat tersebut kerana ilmu yang ada pada anda diperlukan oleh mereka di sana tetapi tidak di Kuin.

Kepada kroni Jamil yang menggelisah di dalam Kuin, berhati-hati, setiap pergerakan anda sedang diperhatikan.



INSAN TULIS@JAZAN
Kolej Universiti Insaniah


Forum Utusan Malaysia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive