Wednesday 7 November 2012

SUSPEK TETAK ANAK BEKAS MP SERAH DIRI




Seorang dari lima suspek kes tetak anak lelaki bekas anggota Parlimen Pasir Puteh, Kelantan di Seksyen 6,Wangsa Maju di sini Ahad lepas, menyerah diri di Balai Polis Kepong Selasa malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki yang berumur 27 tahun itu, menyerah diri kira-kira pukul 9 malam.

"Sebelum itu, polis menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an dalam serbuan di sebuah taman perumahan di Gombak kira-kira pukul 3 pagi semalam dan suspek kini direman sehingga Ahad ini untuk diambil keterangan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Beliau berkata setakat ini polis telah menahan dua individu berkaitan
kes itu.

Dalam kejadian 10.30 pagi Ahad lepas, Wan Mohd Faizal, 24, anak kepada Datuk Wan Mohd Najib Wan Mohamad cedera parah selepas ditetak tiga lelaki dengan parang berhampiran deretan kedai makan di Seksyen 6, Wangsa Maju.

Dua lagi suspek dipercayai menunggu di dalam sebuah kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.-BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive