Friday 9 November 2012

NURUL IZZAH GIAN TENGOK GEREJA ??



INI dia sebut, bukan penulis sebut. Nurul Izzah anak sulong Anwar kata semasa dia sekolah dulu di Assunta, ada salib besar dalam sekolah tersebut. Walaupun melihat salib hari-hari tidak sampai mengubah akidahnya tapi lama-lama sudah tentu rasa terbiasa dan rindu itu ada.

Biasalah zaman persekolahan kan, biasa indah dan mengujakan. Ini jangan salah, penulis tak kata Izzah masuk Kristian ya.

Dalam masa yang sama mencetus juga persoalan, Izzah anak Menteri Pelajaran dan kemudiannya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada ketika itu, kenapa dalam banyak-banyak sekolah di negara ini, yang ada salib besar juga dipilih?

Tapi tak mengapalah, mungkin Anwar nak pupuk anaknya dengan budaya liberal dan pluralisme dari peringkat awal lagi, supaya bila dah besar panjang, Izzah akan mewarisi idealogi tersebut buat satu tempoh masa yang panjang.

Yang penting sekarang, kesan dari pendidikan awalnya itulah gamaknya sekarang, Izzah lebih senang bercakap dalam gereja dari Masjid, pasal gereja ada salib, masjid tidak ada.

Itu yang tau-tau Izzah sudah berceramah dalam Gereja, berceramah dalam Masjid? Kita belum dengar lagi.



Kalau masuk gereja sebab nak menyebarkan Islam baguslah, tapi dia masuk gereja dan bercakap soal-soal sensitif berkaitan Islam dalam perlembagaan yang kemudiannya menjadi isu politik yang hebat, kalah dakwaan Soi Lek hina hudud PAS.

Nampak sangat demi kepentingan undi dan politik semata-mata.

Bagaimanapun baguslah, kalau Izzah dah sentuh hal itu di gereja, macai Pakatan haram terutama dari PAS tidak tahu yang perlembagaan Malaysia ini sebenarnya melindungi Islam dan umatnya lebih dari apa yang mereka bayangkan, sudah mula buka mata sekarang.

Maklumlah, dah disogok dengan adu domba pemimpin PAS dan OKU DAP pujaan yang kononnya perlembagaan ini perlembagaan sekular dan tidak Islamik.

Apa rupanya orang bukan Islam pun sedar yang orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya menukar agama selain dari Islam, seterusnya memalit Izzah dalam kontroversi yang sukar ini.

Sudahlah kedudukan Izzah di Lembah Pantai pun semakin condong dari hari ke hari, tambah dengan kontroversi terbaru, jawapnya punahlah.

Apa pun semua rakyat Malaysia tak kira Islam atau Kristian, tanyalah diri sendiri, mampukah Pakatan haram ini membawa kestabilan dan keharmonian kalau depan orang Islam cakap lain, depan orang Kristian cakap lain?

Depan orang Islam cakap tentang memperkasakan Islam, depan orang Kristian cakap pasal nak memberi kebebasan beragama kepada semua rakyat (termasuk orang Islam).

Apa benda ni?

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive