Monday 5 November 2012

PANASS !!! SYARIKAT SHAKE CUISINE MENANG SAMAN KEATAS KUIN !!






Sebelum ini TMK pernah mendedahkan keluhan Shaikh Faisol yang mengalami kerugian hampir RM 1.3Juta kerana tidak dapat meneruskan perniagaan akibat kegagalan KUIN mematuhi syarat syarat dan terma.Baca Kat SINI dan SINI ..

Setelah sekian lama menanti, akhirnya Mahkamah mengarahkan KUIN untuk membayar baki bayaran kontrak kepada Syarikat Shake Cuisine..

Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memerintahkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan Kedah, membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd pada 31 Oktober lepas kerana kegagalan melunaskan bayaran perkhidmatan yang disediakan syarikat itu.

Pengarah Urusan syarikat itu, Shaikh Faisol Shaikh Yusoff berkata beliau lega dengan keputusan itu walaupun jumlah bayaran yang diperoleh hanya bagi baki bayaran kontrak.



Pada Mac lepas, Shaikh Faisol membuat tuntutan di mahkamah terhadap Kuin sebanyak RM1.599 juta untuk baki bayaran dalam kontrak, RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief.

Katanya syarikat itu menyediakan perkhidmatan kepada 300 pelajar Kuin di cawangan Kuin Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.

Kos berkenaan merangkumi kos perkhidmatan asrama (kediaman) dan pengangkutan untuk seramai 300 pelajar, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau berkata mengikut kontrak, jumlah bayaran keseluruhan mengikut persetujuan kedua-dua pihak sehingga selesai tempoh perjanjian adalah RM2.160 juta.

Akibat kegagalan defendan mematuhi terma perjanjian dengan sempurna, pihak plaintif mengalami kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah, pembelian barang-barang keperluan dan kos-kos berkaitan.-BERNAMA

Nampaknya sejak Pas menguruskan KUIN, pretasi kewangan KUIN makin teruk, habis selesai satu masalah, timbul lagi masalah lain..Sebelum ini KUIN dikatakan gagal membayar hutang klinik panel mereka..

Selepas itu hutang bil internet sehingga perkhidmatan itu di sekat..Baru baru ni timbul pula bekalan air di KUIN cawangan Stargate pulak dipotong kerana gagal melunaskan hutang tertunggak..


Pelik betul, macam ni kah cara Pas mengendalikan sebuah Kolej Universiti Islam? hampir kesemua pekara pekara asas yang menjadi keperluan warga KUIN gagal diuruskan oleh Pas..Mentadbir kolej dan negeri pun tunggang terbalik macamana nak tadbir negara..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive