Wednesday 7 November 2012

PROJEK UDANG KERPAN !! BN KEDAH SEDIA DI SIASAT SPRM




Barisan Nasional (BN) Kedah sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat penyelewengan yang berlaku terhadap projek ternakan udang di Kerpan, Air Hitam di sini.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, mereka tidak boleh menghalang mana-mana pihak membuat laporan SPRM berhubung pelbagai isu bagi menyiasat sekiranya berlaku penyelewengan dalam pengurusan wang rakyat.

“Kita serah sepenuhnya kepada SPRM untuk membuat siasatan terperinci kepada individu terlibat berhubung projek berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Sinar Harian semalam melaporkan, Pemuda Pas Kedah membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat projek ternakan udang di Kerpan, Air Hitam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive