Tuesday 20 November 2012

PAS KEDAH TAU DAK SAMBUTAN MAAL HIJRAH DI KEDAH ADA PERTUNJUKKAN FESYEN TAYANG BODY ? #TUKARKEDAH




MTK sebagai rakyat Kedah memang tak boleh terima tentang pekara ini, di saat umat Islam menyambut Maal Hijrah, Pas pula membiarkan sebuah PUB terkemuka dan terkenal diseluruh negara mengadakan pertunjukkan fesyen separuh bogel diadakan di Kedah..

Bukankah Pas yang berjuang menegakkan pentadbiran bercirikan Islam ? Sanggup Pas membutakan mata dan membiarkan premis premis hiburan yang diberi LESEN BESAR untuk menganjurkan apa saja aktiviti yang mencemarkan pemerintahan cara Islam Pas ??

Gambar dibawah ini diambil pada malam 15 November yang lalu semasa umat Islam sedang menyambut Maal Hijrah.. Pas tidak malukah dengan apa yang terjadi di Kedah sekarang ?




Adakah rakyat Kedah mahukan hiburan terlampau seperti ini ??

Sepatutnya Kerajaan Pas Kedah melalui EXCO atau PBT memantau segala aktiviti di situ, bukannya membiarkan pemilik premis melakukan apa saja..

Isu pusat hiburan di Kedah ini pernah dibangkitkan oleh MTK dan rakan rakan TMK tetapi kerajaan Pas Kedah tidak berani menjawab segala apa yang dibongkarkan oleh kami..

Dengan bukti yang kami berikan sebelum ini, segerombolan beloger pencacai Pas Kedah yang menerima gaji terus dari MB terpaksa bekerja keras menafikan hal ini walaupun pusat hiburan ini hanya 1km dari pejabat EXCO Pas Kedah..

Selepas itu timbul pula beberapa bukti surat sokongan yang diarahkan oleh exco sendiri untuk PBT berikan lesen..

Jadi inikah pemerintahan cara Isle Pas yang dilaungkan oleh MB ?? Adakah dengan mengkafirkan dan memurtadkan UMNO, Pas boleh menghalalkan apa saja yang berlaku dalam pentadbiran mereka ??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive