Friday 23 November 2012

#DUNKEDAH !!! KERAJAAN PAS KEDAH BANYAK PUTAR BELIT NAK JAWAB ISU BESAR !!





Semalam berlangsung perbahasan mengenai bajet negeri Kedah. Tak banyak aktiviti menarik yang menarik perhatian MTK. Banyak yang membosankan, namun pukulan Tok Det keatas pentadbiran Pas Kedah memang best dan menarik!

Datuk Seri Mahdzir Khalid (Tok Det) mempertikaikan masalah dalaman yang dihadapi oleh KUIN (Kolej Universiti Insaniah) mempunyai banyak program dan kursus, tetapi tiada pelajar! Malah KUIN baru-baru ini disaman oleh seorang kontraktor kerana gagal membayar hasil kerjanya.

Malah KUIN juga mempunyai banyak penyelewengan dalam pentadbirannya!!

Sebelum berkuasa, PAS Kedah bukan main lagi bercakap tentang penyelewengan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Tok Det) yang akan membolehkan para pengikut bersorak apabila Tok Det diseret ke muka pengadilan.



Bagaimanapun, selepas empat tahun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil, bahkan para pemimpin PAS masih lagi meneruskan ceramah tuding jari mereka seperti yang dilakukan sewaktu mereka masih jadi pembangkang di Kedah.

Menurut Tok Det, beliau tidak gentar malah mengalu-alukan sebarang siasatan dibuat terhadap diri beliau berhubung penyelewengan sepanjang dia menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.

Cabaran tersebut Tok Det buat semasa membahas bajet Kedah 2013.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk negeri Kedah, menyebabkan PAS Kedah tersentak. Walaupun selama ini, mereka telah mendidik ahli-ahli PAS agar tidak membaca apa-apa maklumat, melainkan hanya daripada Harakah dan Roketkini serta Keadilan Daily, namun bagi ahli-ahli yang berotak, mereka mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Hasilnya, Laporan tersebut dibaca dan segala macam kebobrokan dalam pentadbiran negeri telah dikesan.

Bagaimanapun, para pemimpin PAS Kedah segera menuding jari dan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu dengan mengeluarkan senarai kegagalan projek di bawah pentadbirannya.

Bagaimanapun, apabila diamat-amati dan diteliti, kegagalan tersebut hanyalah disebabkan oleh masalah prosedur bukannya disebabkan penyelewengan.

Baca seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive