Sunday 18 November 2012

INSTITUSI RAJA MELAYU BANGKIT TENTANG AGENDA YAHUDI/KRISTIAN



Institusi Raja-raja Melayu yang menjadi tunggak Ketuanan Melayu di negara ini serta menjadi pelindung kepada hak-hak istimewa orang Melayu seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan sudah mula bersuara untuk menentang bibit-bibit penderhakaan yang datangnya dari pihak pembangkang.

Suara-suara sumbang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu, posisi Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan orang-orang Melayu semakin lantang kedengaran sejak kebelakangan ini.

Dalam pada puak pembangkang membangkitkan isu-isu berkaitan Melayu dan Islam, mereka juga secara berterusan dan tersusun cuba meresapkan ideologi asing di dalam negara ini seperti fahaman pluralisme dan liberalisme.

Dalang kepada semua kemungkaran ini tidak lain tidak bukan datangnya dari perancangan licik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim serta dibantu oleh kekuatan parti cauvinis Cina Dap dan keldainya, Pas.



Berbekalkan dana dan sogokan kewangan yang cukup besar daripada gerakan Yahudi dan Kristian sedunia, Anwar memobilisasikan segala agenda yang telah ditetapkan oleh tuannya di Amerika Syarikat dan Eropah untuk memusnahkan negara ini.

Langkah pertama beliau ialah serangan terhadap institusi raja-raja Melayu yang berfungsi antara lain sebagai payung kepada bangsa Melayu.

Apabila institusi raja-raja sudah dapat dilemahkan, orang Melayu akan kehilangan pedoman dan paksi kekuatan jatidiri mereka dan dengan itu mudah segala macam agenda Yahudi/Kristian yang lain dapat di susup masuk.

Bagaimana berkat kefahaman ancaman yang dihadapi oleh bangsa Melayu pada masa sekarang, raja-raja Melayu kini tidak lagi berdiam diri melihat keadaan yang semakin merbahaya melanda negara terutamanya di ambang Pilihan Raya Umum ke 13.

Pada Syarahan Perdana Budaya 7 November lalu, Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan pemimpin politik supaya berperanan memastikan suhu politik tidak terlalu panas dan sekata tidak menjadikan pilihan raya sebagai satu peperangan sivil.

“Kini peristiwa yang semakin meningkatkan kegelisahan warga masyarakat kian bertambah. Warga masyarakat ketara kecewa, hampa, kesal dan mual dengan gelagat politik yang semakin keterlaluan. Matlamat jangka pendek politik bagaikan mengatasi kepentingan jangka panjang kelangsungan negara bangsa.

“Lebih membimbangkan, apabila institusi-institusi utama negara kini kelihatan mula terseret dalam kancah politik kepartian. Akibatnya integriti, profesionalisme, imej neutral serta tidak partisan institusi diraja semakin dipertikaikan,” titah baginda.

Titah Raja Nazrin membayang betapa sesetengah pihak khususnya pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk demi untuk mendapat rampas kuasa termasuk memporak-perandakan negara.

Sultan Selangor pula menasihatkan orang Melayu supaya sentiasa berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka agar tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah dan membawa kepada syirik terhadap Allah SWT.

Apabila baginda menyentuh mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme, orang Melayu faham bahawa yang dituju ialah Anwar dan anaknya, Nurul Izzah yang membuat kenyataan songsang menggalakkan orang Melayu bebas menukar agama.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah turut meluahkan rasa kecewa dan dukacitanya terhadap kenyataan Nurul Izzah sambil menyifatkan ia sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Baginda menempelak anak Anwar itu supaya tidak terlalu lantang bercakap mengenai agama tanpa memperhalusi kesannya kepada masyarakat terutama umat Islam.

"Sebagai ketua agama Islam dan pemerintah negeri Pahang saya berasa sedih, dukacita (dengan kenyataan itu). Kita tidak boleh terlampau lantang sangat sebut pasal agama ini.

"Saya nasihatkan agar rakyat tidak mendengar cakap-cakap sebegitu dan perlumemikirkan perkara itu dengan sehalus-halusnya," titah baginda selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Kuantan Khamis lalu.

Jika dikaji senario yang cuba merobak-rabikkan keutuhan institusi raja-raja Melayu pada masa kini, usaha sedemikian sudahpun dimulakan oleh Dap sejak sekian lama.

Kalau dahulu Dap yang mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, tetapi kini pembangkang di bawah Anwar berjaya mempengaruhi segelintir penderhaka di kalangan orang Melayu untuk melaksanakan tugas itu.

Dap sekarang sudah boleh duduk diam dan lenggang kaki serta tidak perlu lagi dihentam kerana membangkitkan isu-isu berkaitan Melayu sebab orang Melayu sudah jadi pengkhianat kepada bangsa sendiri.

Setiap hari media pembangkang dan media yang menjadi pendokong kuat kepada pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider akan memainkan isu-isu rasuah, penyelewengan, diskriminasi dan sebagainya yang dituju kepada kerajaan.

Objektifnya ialah untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional dan kebencian itu pula akan diapi-apikan semaksima mungkin supaya ia akan menjadi percikan api pemberontakan.

Apabila negara kucar kacir, Anwar akan menggunakan alasan ini untuk meminta bantuan antarabangsa dan seterusnya akan merampas kuasa dan dilantik sebagai Perdana Menteri atas restu kuasa Yahudi/Kristian yang mendokongnya selama ini.

Senario ini ditakuti menjadi realiti sekiranya umat Melayu-Islam tidak bersatu dan menentang habis-habisan usaha yang didalangi Anwar.

beruang biru

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive