Friday 26 October 2012

NAH !!! KETUA PEMUDA UMNO KEDAH BAGI SETEPEK KAT MUKA AZIZAN




Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim telah mengetuai satu sidang akhbar yang di lakukan Pemuda BN di bangunan MCA Alor Setar bagi mendesak Menteri Besar Kedah, Azizan Razak jujur memperjelaskan laporan audit Kedah yang menunjukan kerugian besar yang di alami kerajaan melalui Syarikat Kedah Corporation Berhad (KCB), syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar kedah (PMBKed) di dalam pelaburan projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guniea.

Selaku Pengerusi KCB, mustahil bagi Azizan Razak tidak tahu menahu langsung tentang projek berkenaan sedangkan kos pembayaran tuntutan pengurusan melebihi RM10,000 perlu melalui Mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah di mana Azizan Razak turut berada.

Badrol Hisham turun mendesak Azizan Razak, selaku Pengerusi KCB memperjelaskan dengan jujur siapa yang membenarkan bekas CEO KCB, Akashah Ismail dan rombongan ke London untuk membuat pinjaman RM134 juta (USD44 juta) dari agensi pinjaman kewangan London, Capital Investment Agency.



Mustahil selaku Pengerusi KCB, Azizan Razak tidak tahu menahu akan pinjaman tersebut kerana ianya membabitkan jumlah pinjaman yang banyak.dan perlu di perbincangkan dalam Mensyuarat Lembaga Ahli Pengarah.

Dalam sidang akbar itu, Badrol Hisham menyifatkan kembali Azizan Razak "Umpama Beruk Menaiki Pokok Ceremai Yang Akhirnya Buah Ceremai Terlantun Ke Muka Sendiri".setelah perumpamaan itu di gunakan Azizan Razak untuk mengkritik desakan Pemuda BN kelmarin.

"Azizan Razak merupakan Beruk yang pandai berlakon dalam permasalah KCB", katanya lagi.

Selepas selesai sidang akhbar di bangunan MCA, Alor Setar, Badru Hisham bersama barisan Pemuda BN yang lain terus bergerak menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar untuk membuat laporan polis terhadap kerugian yang meragukan di alami KCB setelah di cabar Azizan Razak untuk berbuat begitu.



PISAU KEDAH

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive