Wednesday 24 October 2012

MALUNYA !! SETPOL MB KANTOI TAK SUDAH SUDAH !!




Mungkin kerana terlalu percaya dan mendewa-dewakan Anwar Ibrahim, PAS kini dilihat telah terpengaruh sepenuhnya dengan sifat suka berbohong kepada rakyat yang ada pada Ketua Pembangkang itu.

Terbaru di Kedah, bagi menyembunyikan kepincangan dan kebodohan PAS mentadbir negeri itu, Setiausaha Politik Menteri Besar, Sanusi Mohd Nor sanggup berbohong kepada media demi menyelamatkan leher bossnya, Azizan Razak, dari terus “disembelih”.

Laporan Audit 2011 baru-baru ini menjelaskan bahawa anak syarikat Perbadangan Menteri Besar Kedah (MBI), Kedah Corp Berhad (KCB) telah meminjam sebanyak RM134 juta dari sebuah agensi berpengkalan di London untuk membeli 70 peratus kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd.

Syarikat itu memperolehi kawasan pembalakan di negara Papua New Guinea.

Menurut laporan itu lagi, firma Capital Investment Agency yang meminjamkan wang tersebut kepada KCB, bagaimanapun telah membatalkan pinjaman tersebut pada Januari 2010 disebabkan risiko tinggi pada pelaburan anak syarikat MBI itu.



Namun, lain pula yang diberitahu Sanusi kepada media pro-pembangkang, Malaysiakini, di mana dia menjelaskan bahawa pinjaman ratusan juta itu kononnya dibatalkan oleh jawatankuasa penilai MBI kerana tidak mengikut prosedur.

Yang mana satu betul ni? Laporan Audit 2011 kata Capital Investment Agency yang batalkan perjanjian tu, tapi Sanusi pula kata jawatankuasa penilai MBI pula yang batalkan perjanjian itu.

Pada saya, saya lebih percaya pada Laporan Audit memandangkan laporannya lebih tepat, “reliable”, berfakta dan beserta bukti-bukti yang menyokong faktanya. Apa pula fakta yang Sanusi ada? Fakta bohong untuk selamatkan Azizan Razak dan PAS Kedah?

Lebih membuat saya hampir muntah dengan putar belit Sanusi, dia menyatakan bahawa kerugian sebanyak RM6.4 juta melalui pelaburan di Papua New Guinea itu bukanlah disebabkan oleh penyelewengan atau rasuah!

Betulkah tiada penyelewengan atau unsur-unsur rasuah dalam skandal yang melenyapkan RM6.4 juta wang rakyat Kedah itu?

Bagaimanakah pula dengan pelbagai bil yang hampir berjumlah RM0.6 juta yang digunakan oleh Pengurus Besar, wakil MAS, Pengarah Urusan dan vendor yang dipercayai telah digunakan bagi memudahkan urusan lobi melobi di negara tersebut?

Dalam hal membabitkan kerugian RM6.4 juta itu, Sanusi sepatutnya menjelaskan tentang kebodohan KCB, MBI dan Kerajaan PAS Negeri Kedah yang tidak tahu melabur serta berniaga, tapi nak tunjuk pandai!

Kenapa Setiausaha Politik Menteri Besar itu perlu berdolak-dalih dalam hal ini dan nyatakan saja tentang PAS Kedah yang sememangnya bodoh sombong, berlagak macam pandai dan bongkak tak kena gaya!

Kalau bodoh, mengaku sajalah! Apa salahnya mengaku kelemahan diri sendiri memandangkan ia adalah hakikat yang perlu ditelan oleh lebai-lebai PAS di Kedah yang bagaikan “beruk dapat bunga”!

Berkenaan dengan pinjaman berjumlah RM134 juta dari firma kewangan dari London itu, Sanusi sendiri mengaku bahawa ia dilakukan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Kedah sebelum ia ditandatangani.

Persoalannya, siapakah yang menandatangani pengambil alihan Mas Incorporated (PNG) Ltd yang sehingga terpaksa berhutang di luar negara itu? Takkanlah UMNO/BN masih berkuasa di Kedah selepas Mac 2008? Bukankah lebai kulup PAS yang berkuasa ketika itu..?!

Kenapa PAS tak buat kerja ikut prosedur? Ada sesuatu yang cuba disembunyikan sehingga terpaksa membelakangkan prosedur, kah? Atau PAS sendiri yang sememangnya tolol dalam menguruskan pelaburan?

Kalau sudah tolol tu, memang tolol la. Dari sejak mula mentadbir Kedah pada tahun 2008, Kerajaan PAS Negeri Kedah sememangnya tolol dalam membangunkan negeri Kedah. Mengakulah hakikat itu dan kalau tak mampu mentadbir, angkat saja “bendera putih”!

SUMBER MYKMU

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive