Tuesday 22 April 2014

KENAPA FELDA PERLU TUNDUK ??




Menuduh dan memfitnah Felda menjalinkan hubungan, serta menjual minyak sawit ke Israel merupakan satu tuduhan yang berat dimana semua kita tahu bahawa Kerajaan Malaysia memang tidak mempunyai langsung hubungan diplomatik dengan Israel.. Namun, itulah fitnah yang dilemparkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat terhadap Felda seterusnya kerajaan UMNO/BN..

Artikel bertajuk ’2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel’ dan ‘BN Jangan Tipu Rakyat’ bertarikh 27 Nov 2012 yang disiar Suara Keadilan itu bukan saja menghina felda bahkan seluruh warga peneroka..

Setelah berhempas pulas selama 2 tahun menangkis fitnah jahat pembangkang itu, dan akhirnya semalam kes saman fitnah Felda terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan penjualan minyak sawit ke Israel, diselesaikan secara baik..

Baik dalam erti kata lain ialah Felda tarik balik saman terhadap si pemfitnahnya.. Felda diwaliki Peguam Kanan Persekutuan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang memaklumkan perkara itu kepada mahkamah bahawa mahu menarik balik tuduhan..







Sebelum itu Saifuddin dalam keterangannya menerima dan mengakui bahawa Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd, pada Mac 2010, membuat penghantaran ke Palestin dan bukan Israel, dan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel,” katanya sambil menambah Felda dan Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd merupakan dua entiti yang berbeza.

Tapi apa yang mendukacitanya apabila Kes ini tidak diteruskan.Sebaliknya Felda ambil langkah awal untuk selesaikan cara baik.. Sedangkan Felda mempunyai bukti kukuh untuk meneruskan kes..

Bayangkanlah kerana fitnah ini, kerajaan terpaksa turun ke kampung kampung memberi penerangan kepada rakyat semata mata untuk menafikan fitnah ini, dan akhirnya kes ini selesai begitu saja.. Adakah berbaloi Felda berjuang setelah maruah peneroka dihina sedemikian rupa ??

Pokok pangkalnya pemimpin felda mahupun kerajaan hanya mementingkan diri sendiri.. Jika mereka difitnah, saman akan diteruskan sehingga si pemfitnah dijatuh hukum.. Tapi bila melibatkan organisasi atau agensi, semuanya selesai dibelakang..

2 comments:

Anonymous said...

Sejak bila pemimpin ubn serius menjaga hati penyokong??... dulu kes tian chua juga sama... siap claim apek tu dah minta maaf.. tapi apek itu malukan mereka dgn menyatakan dia tak pernah minta maaf kpd sesiapa. Inilah bentuk kerajaan sekarang.. hopeless, pemaaf tak kena tempat.... mungkin si hafarizam tu dah kawtim dgn tokey2 dap kat belakang kot.... pakat2 dgn bos felda ....

Anonymous said...

Keputusan ni dah dimajukan kpd pm... pm setuju dan sanggup malukan diri dan hancurkan hati para penyokong ubn... tunggu pri14... nak tgok langit tinggi ke rendah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive