Wednesday 23 April 2014

PEMUDA UMNO YAKIN MASALAH PELAJAR KEDAH DI JORDAN DAPAT DISELESAIKAN @shaifulhazizy



Atas keperihatinan dengan nasib nasib pelajar Kedah di Jordan, Ketua Pemuda Umno Kedah bergegas ke sana minggu lalu bagi mendapat cerita sebenar luahan dari pelajar pelajar di sana..

Selepas perjumpaan dengan pelajar Kedah di Jordan, Pemuda Umno Kedah membawa permasalahan ini kepada Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh YAB DS Mukhriz Mahathir.

Dua hari lalu, YAB MB memberi jaminan akan memperhalusi lagi  masalah pelajar Kedah di Jordan..






Dan sekali lagi Pemuda UMNO Negeri Kedah menghargai keperihatinan YAB Menteri Besar yang mengambil tanggungjawab untuk membuat penelitian terhadap beberapa cadangan Pemuda UMNO Negeri Kedah bagi menyelesaikan bebanan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Kedah di Jordan.

Secara dasarnya hasil pemantauan dan maklum balas yang telah diterima oleh Pemuda sewaktu lawatan dan dialog adalah

1) Kenaikan lebih daripada 100% yuran pengajian dan kos-kos lain termasuklah kos penginapan, perubatan, buku-buku dan keperluan seharian akibat kebanjiran pelarian Syria serta masalah ekonomi dalaman kerajaan Jordan.

2) Pelajar sering menerima pinjaman agak lambat dan keadaan ini berlanjutan hingga keakhir semester.

3) Keadaan keselamatan dimana sering berlaku pencabulan seksual dan layanan "double" standard oleh pihak keselamatan Jordan.

Jesteru itu Pemuda UMNO Kedah mengusulkan beberapa cadangan dan langkah untnk penelitian dan tindakan YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri.

1) Kenaikan bantuan pinjaman Yayasan Islam daripada RM5,000 kpd RM8,000 untuk satu semester. Jumlah ini dilihat mampu sedikit sebanyak menyelesaikan permasalahan kewangan dan kenaikan harga yuran pengajian.

Pihak Pemuda UMNO menyarankan agar pihak Pusat Zakat negeri juga mengambil langkah yang serupa menaikkan "dermasiswa" yang sedia ada daripada RM6500 ke RM8,000.

2) Menukar status daripada "Pinjaman" kepada "Biasiswa" sekiranya seseorang pelajar tersebut mendapat keputusan yg cemerlang.

3) Menurunkan "Caj Perkhidmatan" daripada 4% ke sekurang-kurangnya 2%. Pemuda berpandangan Caj perkhidmatan yg dikenakan adalah terlalu tinggi dan perlu diberi pengurangan.

4) Memperkenalkan baucer buku khas untuk para pelajar - Pemuda melihat tindakan ini mampu mengurangkan beban harga buku yang semakin meningkat di Jordan. Sehingga kini hanya pelajar Universiti dan Kolej tempatan sahaja yang menerima "Baucer Buku 1Malaysia"

5) Mewujudkan tuntutan penerbangan - Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar pihak Yayasan Islam menanggung tiket penerbangan yang memulakan pengajian dan pelajar yang telah tamat pengajian.

6) Pemuda UMNO Negeri mencadangkan atas faktor bilangan pelajar Kedah dibawah Yayasan Islam yg agak signifikan, pihak Yayasan perlu mewujudkan sebuah sekretariat khas atau penyelia tetap di Jordan. Sehingga kini Pemuda difahamkan bahawa pihak Yayasan hanya mempunyai sekretariat di Mesir.

Dato' Shaiful Hazizy Zainal Abidin

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive