Saturday 26 April 2014

ADA AKTA PUN TAK BOLEH PAKAI, SO MALAYSIA BOLEH DIHURU HARAKAN PEMBANGKANG !! DAH TERBUKTI



Bila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya kerana menganjurkan perhimpunan Black 505 di tahun lalu, ada sesuatu yang pelik dan tak masuk akal dalam akta baru ini..

Hakim memutuskan "polis boleh menguatkuasakan larangan terhadap perhimpunan, tetapi bukan menghukum penganjur dengan mendakwa mereka apabila gagal memberi notis 10 hari."

Keputusan bersejarah buat kali pertama ini diputuskan oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof..



Menurut Hakim, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah tidak berperlembagaan memandangkan peruntukan itu di luar batas kuasa Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin perhimpunan aman.

Dalam keputusan sebulat suara, Mohd Ariff memerintahkan supaya keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Nov tahun lepas diketepikan, yang menolak permohonan Nik Nazmi untuk menggugurkan pertuduhan itu.

Sebelum menyampaikan keputusan, Mohd Ariff berkata panel hakim yang turut dianggotai Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Mah Weng Kwai memutuskan bahawa mereka bertiga akan menyediakan penghakiman berasingan memandangkan ini merupakan kes berkepentingan awam dan melibatkan isu perlembagaan.

Dalam keputusannya, beliau berkata Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman adalah berperlembagaan berkaitan keperluan memberi notis 10 hari kepada polis tetapi menjadikan kegagalan berbuat demikian mengikut Seksyen 9(5) sebagai satu kesalahan adalah tidak berperlembagaan sedangkan perhimpunan pada 8 Mei itu berlangsung dalam keadaan sangat aman.

Hakim kanan itu berkata jika sesebuah perhimpunan itu sah, ia pada masa sama tidak boleh diisytiharkan sebagai tidak sah.

Bagaimanapun, beliau berkata Akta Perhimpunan Aman dibahaskan di Parlimen dan mahkamah tidak boleh menggantikan pandangan badan perundangan.

Tiada guna gubal akta kalau tak boleh ambil tindakkan kepada pesalah.. Himpunan 505 yang dianjurkan dengan niat mengulingkan Kerajaan..


Bagi aku Peguam Negara gagal memainkan peranan dalam memastikan undang undang laksana dan dikuatkuasa dengan baik ditambah pula dengan kegagalan Menteri yang bertanggungjawab..

Dengan keputusan Hakim semalam, aku berpendapat bahawa akta perhimpunan haram boleh dilanggar oleh sesiapa pun.. Jelas lagi terbukti bahawa akta ini hanya melengkap akta yang sedia ada.Tapi tidak boleh dikenakan apa apa tindakkan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive