Saturday 21 June 2014

KEBODOHAN 2 EKOR KHALID SELESAIKAN ISU BIBLE




Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akhirnya dengan kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di negeri terpaksa mengeluarkan titah bagi menyelesaikan kemelut isu rampasan kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah.

Terpenting dalam titah yang dikeluarkan menerusi kenyataan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani memberitahu, Sultan Selangor menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) segera merujuk perkara itu kepada pihak pendakwa raya.

Ini bagi membolehkan rampasan Bible itu dibawa ke mahkamah selaras dengan arahan yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara agar JAIS mengambil tindakan berlandaskan undang-undang.



Sultan Selangor advise JAISIsu ini sebenarnya tidak perlu kepada titah Sultan sekiranya Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Agama Selehen Mukhyi teliti membuat keputusan dalam mesyuarat Exco memerintahkan Bible yang dirampas pada Januari lalu dipulangkan kepada pemiliknya Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Ada mereka terlalu gopoh atau tidak cerdik sehingga gagal memahami arahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang menolak pendakwaan terhadap pemilik kitab itu tetapi dalam isu Bible yang dirampas, JAIS perlu memutuskan mengikut peruntukan undang-undang?

Sebab itulah Majlis Agama Islam (MAIS) bertegas tidak mahu akur perintah kerajaan negeri supaya JAIS memulangkan Bible tersebut dan menolak keputusan Peguam Negara agar jabatan berkenaan menutup kes itu.

Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa sendiri memberitahu bnbbc.my antara sebab utama keputusan tersebut kerana arahan Jabatan Peguam Negara amat jelas mahu Bible yang dirampas diselesaikan ikut undang-undang.

Malangnya, isu ini jadi modal politik kepada pemimpin PAS Selangor apabila empat ahli Parlimennya mendesak Khalid mengkaji bagi mengurangkan kuasa eksekutif MAIS terhadap JAIS dengan memberi alasan institusi majlis itu rapat dengan Sultan.

Desakan itu diketuai ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang diketahui umum sudah lama tidak senang hati dengan tindakan JAIS dan MAIS yang berusaha melaksanakan undang-undang bagi menegakkan agama Islam di Selangor.

Turut menyokong beliau ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin, Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).

Bagaimanapun, kenyataan mereka tidak mendapat respon atau sokongan PAS Selangor yang dipimpin Iskandar Abdul Samad.

Ini sekaligus memberi gambaran apa dibangkitkan empat ahli parlimen itu adalah pendirian mereka bukannya pendirian PAS negeri.

Melihat dari sisi lain, tindakan empat ahli parlimen PAS itu jelas cuba mencampuri urusan kerajaan negeri, MAIS dan JAIS – mungkin sekadar untuk meraih laba politik masing-masing.

Justeri itu tidak hairanlah baginda Sultan Selangor menerusi kenyataanya semalam, berpendapat isu ini tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana ahli politik sehingga boleh mengelirukan dan meresahkan masyarakat dengan mengesyorkan jalan penyelesaian yang tidak berpandukan kepada undang-undang dan ada juga syor-syor yang tidak munasabah.

Di samping itu, baginda berharap ahli-ahli politik tidak menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi, kumpulan atau parti mereka.

Titah baginda, biarlah perkara ini diselesaikan di antara pihak-pihak yang terlibat dan juga pihak yang diberi kuasa untuk menyelesaikannya kerana isu agama adalah merupakan satu isu yang sensitif.

Baginda juga menasihatkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan dilarang untuk masuk campur dalam isu ini sehingga boleh mengelirukan lagi keadaan.

Sekarang, sudah terang lagi bersuluh bahawa Sultan Selangor membuat keputusan yang betul selari kedudukannya sebagai Ketua Agama Islam setelah berbincang dengan Menteri Besar.

Diulang lagi bahawa titah iru, adalah selaras dengan arahan di dalam minit yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara yang menyatakan “berhubung Bible Al-Kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang.”

Pengajaran daripada isu adalah kerajaan negeri termasuk Khalid tidak perlu tergopoh-gopoh dalam menyelesaikan sesuatu isu walaupun berada di bawah tekanan politik dalam parti dan rakan-rakan sekutunya.

Kepada empat ahli parlimen PAS yang mencadangkan kuasa eksekutif MAIS dikurangkan patut sedar rakyat melihat permainan politik mereka yang hanya mahu menang sorak tanpa peduli walaupun agama tergadai.

Tentu ramai rakyat Selangor malu dengan tindak tanduk mereka ini.–bnbbc.my

2 comments:

PAShampas said...

Mengapa haramjadah dua ekor khalid ini terlalu nk jaga hati Kristian yang jelas mereka tidak sama sekali akan setuju dengan Islam. Mereka musuh Islam yang nyata.. kenapa PAS dn PR boleh alihkan sikap rakyat Selangor kepada liberal dan tidak kisah dengan Bible bahasa Malaysia ini??

Dua ekor harmjadah Khalid ini boleh diangkat jd pemimpin sedangkan jelas mereka menyembah dakyah jahat musuh2 Islam.. kenapa mereka ini masih disokong???

Anonymous said...

Suara melayu selangor adalah suara dap sebenarnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive