Monday 16 June 2014

@CMlimguaneng MANA YANG LEBIH BAZIR ?? TEROWONG ATAU AIRPORT @MulhrizMahathir




Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memulang paku buah keras kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila mendakwa cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Kulim, Kedah adalah pembaziran.

Menurut Menteri Besar Kedah itu, cadangan beliau yang sudah dikemukakan kepada Pusat bukanlah satu pembaziran berbanding terowong di Pulau Pinang.

“Kalau ikutkan, dahulu, mereka kata pembinaan Jambatan Pulau Pinang sebagai membazir, sekarang nak cadang satu terowong pula.




Cadangan terowong dasar laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam oleh kerajaan DAP Pulau Pinang

“Pada pandangan saya terowong lebih membazir dari lapangan terbang, seluruh rantau utara Malaysia boleh gunakan,” kata Mukhriz membidas kenyataan Lim.

Malah katanya, apa guna membina lagi lapangan terbang di negeri berkenaan kerana kawasan pulau itu mempunyai tanah terhad dan lebih sesuai pelabuhan kerana dikelilingi air.

Mukhriz berkata lapangan terbang baru itu bakal menjadi pintu masuk ke negeri di utara Malaysia dan selatan Thailand.

“Berbeza dengan pelabuhan kapal, perlu di pesisir pantai, tetapi kapal terbang akan mendarat di lapangan terbang. Apa guna kita bina lapangan terbang di pulau yang terbatas dari segi tanah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Pesta Kedah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Mukhriz berkata, lapangan terbang yang dicadangkannya itu mampu menampung kapasiti lapangan terbang di Pulau Pinang yang dijangka sesak menjelang tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

“Lapangan terbang itu boleh menjadi pintu masuk bagi zon utara, yang meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak, untuk tujuan penumpang dan kargo.

“Malangnya lapangan terbang antarabangsa di Kedah hanya di Langkawi, ia hanya tertumpu kepada pelancong dan tidak banyak kargo dan penumpang,” katanya.

“Perlu ada lapangan terbang serantau, dan saya cadangkan di Kedah dan bukannya Pulau Pinang,” tambah Mukhriz.

Guan Eng sebelum ini berkata, pembinaan sebuah lagi lapangan terbang antarabangsa di Kedah merupakan satu pembaziran.

Mukhriz jamin teruskan dua projek yang dijanjikan, selain janji tidak hentikan usaha dekati semua sekolah pondok.
Mukhriz…dulu mereka kata jamabatan Pulau Pinang membazir.

Beliau berkata, sekiranya Putrajaya meluluskan pembinaan lapangan terbang di Kedah, Pulau Pinang mahu sekurang-kurangnya dua lapangan terbang sama.

“Perlu diingatkan Pulau Pinang adalah penerima pelaburan langsung asing (FDI) terbesar di Malaysia, dengan jumlah RM19.7 bilion dari 2010 hingga 2013, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Lim.

Mukhriz sebelum ini mencadangkan pembinaan lapangan terbang ketiga di Kedah selepas Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, sekiranya diluluskan.

Lapangan terbang tersebut dicadangkan pembinaan di tapak seluas 6,000 hektar dan boleh dilengkapi dua landasan.

Bagaimanapun, rancangan pembinaan lapangan terbang itu masih di peringkat awal dan kertas cadangan berkenaan perkara itu sudah diserah kepada Najib.

“Ia diletakkan di sempadan Sungai Petani dan Kulim, jika ada lebuh raya yang kini berada dalam perancangan, tapak lapangan terbang akan terletak hanya 25 minit dari Taman Teknologi Kulim,” kata Mukhriz. –bnbbc.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

REJIMEN PEJUANG MAYA DIRAJA

Popular Posts

Followers

Blog Archive